Siakap Keli

10 Langkah Atasi Kerap Hidap Selesema Yang Boleh Dilakukan Di Rumah- Doktor Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sistem imunisasi badan anak-anak kecil sememangnya masih lemah dan tidaklah sekuat orang dewasa. Oleh itu mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

Kadangkala mereka juga boleh diserang penyakit yang sama berulang kali berikutan tidak mendapat rawatan secukupnya selain tidak mengelak dari punca penyakit tersebut.

Bagi kalian yang ada anak kecil, masalah ini dah tentu menjadi kerisauan dan membimbangkan hati kita sebagai Ibu bapa, ya tak?

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penulisan dari Dr Ezairy M.Sallih berkenaan 10 langkah mengatasi masalah kerap hidapi selesema yang boleh ibu bapa lakukan di rumah.

Ikuti perkongsian ini dan selamat mencuba.

Image result for flu children

 10 langkah yang kalian boleh lakukan di rumah:

1. Cuba elakkan buka aircond sebelum tidur. Ada anak yang tak boleh kena kipas atau aircond secada berterusan. Maka mulalah hidungnya berair dan tersumbat-sumbat. Cuba cara ini, tengok ia membantu atau tidak.

2. Kenalpasti punca anak kita ada masalah hidung. Anda boleh dapatkan temujanji dengan doktor untuk buat ujian allergik skin test. Dari situ anda mungkin akan menemui punca alahan anak anda. Mana tahu?

3. Elak kawasan ramai orang. Yang ini boleh dielak. Terutama apabila nampak anak kita tak berapa nak sihat. Cuba lah elak kawasan yang ramai sangat orang. Virus mudah sangat berjangkit!

Related image

4. Sistem udara dalam rumah juga kena baik. Pastikan ada ruang untuk udara keluar masuk dalam rumah kita. Tutup sahaja pintu dan tingkap juga tak elok. Anak kita mungkin juga alah kepada habuk dan udara yang terkumpul di dalam rumah.

5. Cuba kawal makan. Ini juga penting. Penting sebab ada ramai pesakit saya yang mengadu masalah mereka menjadi lebih teruk lepas ambil budu, ada yang lepas ambil belacan, udang, ketam, ayam, telur, kekacang dan lain-lain. Ingat, setiap orang tak sama tindak balas kepada makanan-makanan ini!

6. Elakkan jugak kawasan berhabuk. Construction araa sangat tidak baik untuk anak-anak. Pastikan anda bawa mask ke mana-mana. Apabila lalu ke kawasan-kawasan ini, gunakanlah ia.

7. Ubat makan antihistamin. Ya, ubat antihistamin seperti piriton, loratadine dan cetirizine(zyrtex) boleh mengurangkan simptom hidung yang disebabkan alahan iaitu allergic rhinitis. Perlu jumpa doktor dahulu!

Image result for flu children nasal spray

8. Nasal spray. Ubat spray hidung juga amat membantu. Ada beberapa jenis yang boleh digunakan, ikut kesesuaian. Anda dinasihat tidak terus membeli di farmasi. Dapatkan pemeriksaan bersama doktor dahulu.

9. Rujukan ke ENT clinic. Bagaimana caranya? Anda boleh minta surat rujukan daripada mana-mana klinik untuk dirujuk ke klinik pakar ent di hospital.

10. Konsisten dengan ubat. Setelah ubat diberi oleh doktor, masih ada pesakit yang masih alami masalah mereka. Apabila ditanya, ubat pun on and off pakainya. Sebab itu, konsisten dalam penggunaan ubat yang diberi adalah amat penting.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian.

Jangan lupa SHARE dan klik SEE FIRST untuk lebih petua dan tip kesihatan daripada saya.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorinolaringologi (Ear, Nose & Throat – ENT

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar