Siakap Keli

Bapa Sanggup Ikat Anak Pada Kereta, Heret Atas Jalan Raya

Seorang bapa disoal-siasat oleh pihak polis selepas menyeret anaknya pada tayar belakang kereta sepanjang sebuah jalan di China.

Rakaman video seorang kanak-kanak berusia sekurang-kurangnya 10 tahun dilihat diseret diatas jalan yang diselaputi salji pada Khamis minggu lalu di wilayah Handan, Hebei.

Lelaki berkenaan mendakwa mencari sesuatu yang ‘menyeronokkan’ didalam lembah salji tersebut.

Video tersebut menyaksikan kejadian berlaku di tengah malam dengan gerakan kereta bentuk zig-zag sambil lelaki tersebut ‘membawa’ kanak-kanak di belakangnya menyusuri jalan yang diselaputi salji.

Pihak berkuasa dalam satu temubual memberitahu bahawa tindakan itu mendedahkan kanak-kanak terbabit dalam keadaan yang merbahaya.

Walau bagaimanapun, lelaki kepada budak lelaki terbabit mendakwa ia adalah cara bagi dirinya menebus masa bersama anaknya.

Netizen rata-rata mengecam tindakan lelaki ini.

“Ini bukan permainan, kau libatkan anak kau dalam risiko yang bahaya,” kata salah seorang pengguna di laman Weibo.

“Apa masalah ayah dia? Perkara ni memang sangat-sangat bahaya.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra