Siakap Keli

Dengan Plastik, Syiling Dan Air, Wanita Ini Kongsi Tips Aneh Untuk Menghalau Lalat

Kami pasti masalah lalat adalah antara perkara biasa yang dialami oleh setiap orang, terutamanya jika anda menjalankan perniagaan kedai makan.

Kehadiran lalat yang banyak di kedai anda pada masa yang sama boleh menjadi punca kepada kekurangan pelanggan kerana semua orang sedia maklum bahawa lalat adalah makhluk perosak dan kotor.

Bagaimanapun, seorang wanita di Australia tampil berkongsi satu tips aneh yang kemudian dimuat naik ke laman web Elite Readers berkenaan cara-cara untuk menghalau lalat.

Dengan hanya menggunakan bag plastik lut sinar, air, air limau, garam dan beberapa syiling perak, ia sudah cukup untuk menghalau mahkluk perosak tersebut.

Menurut Elite Readers, caranya mudah, pertama anda perlu memasukkan air sehingga mengisi ruang separuh plastik beg, kemudian masukkan bancuhan air limau dengan garam sebelum memasukkan beberapa syiling wang perak.

Campuran limau dan garam dikatakan untuk membantu wang syiling bercahaya apabila terkena simbahan cahaya matahari.

Selepas itu, anda perlu memilih kawasan yang mendapat simbahan cahaya  matahari untuk digantungkan beg plastik berkenaan.

Walaupun bunyinya tidak logik, ada beberapa teori yang dikemukan oleh orang ramai yang telah mencuba tips berkenaan.

Kata mereka, lalat tertipu dengan pantulan wang syiling dan plastik beg berisi air. Menurut mereka, lalat-lalat itu berpendapat bahawa plastik yang mengisi air dibantu dengan pantulan syiling sebagai kawasan takungan air yang besar dan akan mengelak daripada beterbangan di kawasan berkenaan.

Manakala teori kedua yang dikemukan adalah lalat bergantung pada cahaya untuk menentukan kedudukan atau arah. Akibat serakkan pantulan wang syiling dalam air, penglihatan lalat yang tajam menjadi keliru akibat menerima cahaya daripada pelbagai arah. Lalat-lalat ini kemudian memilih beredar daripada kawasan tersebut berbanding terbang di sekitarnya.

Walaupun teori ini dikemukan oleh pengguna-pengguna biasa dan tidak dapat disahihkan kebenarannya, namun berbaloi untuk dicuba sekiranya anda mempunyai masalah lalat yang sukar diatasi.

Sumber: Elite Readers

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.