Siakap Keli
Gambar Hiasan

Preggophiles, Nafsu Aneh Sekelompok Manusia Yang Menakutkan Terhadap Wanita Hamil

Hamil dan menunggu detik kelahiran bayi adalah antara momen-momen indah yang menjadi dambaan setiap wanita yang baru mendirikan rumah tangga.

Kadang-kala, mungkin kerana terlalu gembira, ada juga segelintir yang ‘tersilap’ apabila memuat naik gambar perut sedang bunting ke media sosial bagi berkongsi kegembiraan hati. Niat cuma mahu berkongsi berita gembira, tetapi siapa tahu mata yang memerhati di luar.

Menurut kajian, terdapat sekelompok manusia biasanya lelaki yang dikatakan mempunyai nafsu berahi yang aneh apabila mudah terangsang melihat wanita hamil, lebih tepat lagi apabila melihat baby bump. Kelompok individu ini digelar sebagai Preggophiles atau Maiesiophilia.

Lebih menakutkan apabila laman web Fatherly menyatakan analisis yang dilakukan terhadap kandungan pornografi atas talian mendapati carian bahan tidak bermoral berkaitan wanita hamil meningkat sebanyak 20 peratus sejak 2014, sekaligus membuktikkan kewujudan golongan sedemikian adalah benar.

Malah, laman web yang sama turut mendedahkan bahawa carian kandungan lucah dengan perkataan ‘pregnant’ berada di kedudukan 107 paling popular di Amerika Syarikat.

”Kewujudan kelompok ini kami percaya adalah proses turun-temurun. Mungkin ada sesuatu yang berlaku sejak mereka kecil lagi sehingga mencetuskan rasa berahi pada wanita hamil,” kata ahli terapi ketagihan seks, Michael Aaron.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Sexual Medicine pada 2010, pendedahan awal terhadap proses kehamilan adalah antara punca timbul nafsu aneh sebegitu pada orang dewasa.

Kajian itu juga menyebut anak yang lebih tua di dalam sesebuah keluarga yang pernah menyaksikan proses kehamilan ibu dan kelahiran adik-beradik yang lain lebih cenderung untuk menjadi preggophiles berbanding adik-adiknya yang tidak melalui pengalaman yang sama.

Aaron yang juga penulis buku Modern Sexuality mendedahkan bahawa hormon testosteron didapati mempengaruhi naluri berahi terhadap wanita hamil pada masa yang sama juga menjadi alasan mengapa golongan lelaki adalah kelompok paling besar yang menunjukkan kecenderungan aneh sedemikian.

”Kami belum dapat melengkapkan kajian penuh kami, begitupun data-data menunjukkan bahawa lelaki mempunyai kelaziman yang lebih tinggi terhadap simbol-simbol yang boleh merangsang nafsu berahi.

”Ini termasuklah perut wanita hamil dan payu dara perempuan,” katanya.

Menurut Aaron lagi, perubahan-perubahan fizikal pada wanita hamil juga antara perkara yang sering diperhatikan oleh kelompok ini yang melihat bahawa wanita hamil itu lebih cantik daripada wanita biasa.

Malah di Malaysia juga pernah hangat sebelum ini dimana pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh media tempatan membuktikan kelompok preggophiles turut ada dalam negara.

Kelompok-kelompok ini juga dikatakan aktif melalui atas talian dengan berkongsi gambar-gambar wanita hamil yang boleh diperoleh di media sosial sesama mereka.

Paling ditakuti, preggophiles sukar dikesan dan tiada sesiapa pun tahu dimana mereka berada. Jadi lebih penting untuk anda semua berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.

Sumber: Fatherly

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.