Siakap Keli

Siapa Sangka Inilah Pengorbanan Yang Dilalui Pasukan Tarian Singa Yang Ramai Tak Tahu

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina yang biasa dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

via GIPHY

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Namun, siapa sangka tugas penari dan pengiring tarian ini bukan mudah.  Mungkin ramai orang menganggap pekerjaan itu mudah, tetapi penari ini sendiri berkongsi disebalik tabir keringat yang diperlukan untuk melaksanakan sesebuah persembahan itu.

“Ramai yang tidak kagum dengan kumpulan persembahan singa ini sehingga melabelkan mereka sebagai gangster dengan masalah rokok, buli dan tatu.

“Tapi, mereka tak tahu ‘gangster’ itulah yang sanggup menghiburkan orang ramai di bawah panas matahri, tangan melecet dengan peralatan yang berat dan kaki yang kadang-kadang membengkak kerana terlalu banyak persembahan.  Ada juga diantara penari yang cedera terkena mercun dan sesak nafas akibat terhidu asap mercun.

“Sementara orang lain sedang enak menjamu kuih raya, mereka masih bekerja dengan perut kosong dan ada yang dimarahi kerana tidak datang tepat pada waktunya.  24 jam tanpa tidur dan hanya diberi duit upahan yang sedikit, semuanya demi untuk menghiburkan orang.

“Ketika anda bergambar dengan keluarga, memakai pakaian yang cantik, siapa sangka mereka juga merindui ahli keluarga masing-masing.

“Jika anda bertemu dengan mereka, berilah sebotol air atau menyambut mereka dengan baik.  Tiada siapa yang suka dimarahi dan dimaki.  Tahun baru adalah sambutan untuk semua orang bergembira dan bukan dengan memarahi orang lain.

“Tarian Singa ini adalah adat budaya masyarakat Cina, tanpa mereka tiadalah tarian itu dan tiadalah tahun baru.”

Sumber: Tam Wintham

Nur Farra