Siakap Keli
James Bond still

Aktor Kelahiran Malaysia Dilaporkan Bakal Ganti Daniel Craig Sebagai James Bond?

Kacak, berkarisma, tegap dan aksi tangkas adalah ciri-ciri yang sering dipersebahkan oleh pelakon British, Daniel Craig, 50, setiap kali membawa watak sebagai perisik terkenal James Bond a.k.a 007.

Namun, disebabkan faktor utama, terdapat ura-ura seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa bahawa aktor kelahiran Bumi Kenyalang, Henry Golding, 32, bakal mengambil alih watak berkenaan di masa depan.

Nama Henry mula menjadi sebutan ramai selepas kemunculannya dalam filem Crazy Rich Asian tahun lepas apabila filem berkenaan diangkat sebagai filem romantik komedi yang mendapat kutipan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun kebelakang dan ke-6 tertinggi dalam sejarah.

Jika berita berkenaan menjadi kenyataan, dunia perfileman bakal menyaksikan watak perisik terkenal di Eropah itu bakal dibawakan oleh seorang pelakon Asia buat kali pertama.

Bagaimanapun, peminat-peminat mungkin perlu menunggu terlebih dahulu kerana tugas Daniel Craig masih belum tamat apabila beliau bakal muncul sekali lagi, kali terakhir, untuk filem James Bond tidak lama lagi.

Selain Henry, beberapa nama besar dunia Hollywood juga disebut-bakal membawa watak James Bond antaranya Idris Elba dan Tom Hardy.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.