Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kementerian Kewangan Umum Pendaftaran BSH 2019 Kini Dipermudahkan

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan kaedah kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah dipermudahkan.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa lebih daripada 900,000 permohonan telah diterima sejak kemaskini BSH 2019 boleh dibuat bermula 1 Februari lepas yang akan berakhir pada 15 Mac ini.

Melalui kenyataan tersebut, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa:

1. Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;

2. Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib, dan

3. Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.

”Walau bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan setiap permohonan. 

”Pihak Kementerian Kewangan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika terdapat kesulitan dalam menyempurnakan permohonan untuk BSH 2019,” kata kenyataan itu.

Program BSH ini dijangkan memanfaatkan lebih 4 juta isi rumah melibatkan peruntukkan bantuan sebanyak RM 5 bilion.

Sumber: Kementerian Kewangan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di