Siakap Keli

Nicol Berhak Terima Lebih Daripada Pencen – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  menegaskan bekas juara dunia skuasy, Datuk Nicol David berhak menerima lebih daripada pencen sebagai imbuhan terhadap sumbangannya mengharumkan nama negara.

Enggan mendedahkan jumlah pencen atau insentif lain yang bakal diterima Nicol, beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) masih berbincang dengan bekas ratu skuasy negara tersebut termasuk sebarang bantuan dan rancangan yang mahu dilakukan Nicol.

“Beliau berhak terima lebih daripada pencen memandangkan beliau adalah juara dunia lapan kali. Tetapi bentuk bantuan (yang akan diberi), biarlah dia sendiri yang umumkan. Kita beri dia ruang dan hormatinya untukbeliau umumkan sendiri, ” kata Syed Saddiq yang ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Konflik Kepentingan: Analisis dan Syor berhubung Pencegahan Naungan Politik dan Rasuah di Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Syed Saddiq dilapor mengarahkan kementeriannya memberikan bantuan kepada Nicol dalam menjayakan perancangannya membangunkan sukan skuasy di negara ini.

Selesa lalu, Nicol yang menceburi sukan tersebut lebih dua dekad lalu mengumumkan​​​​​​​ bakal menamatkan kariernya pada Jun nanti, selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018/19 berakhir.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di