Siakap Keli

Pertemuan Kelantan Dan Perlis Dalam Liga Premier Esok Dibatalkan

Kota Bharu : Pertemuan Kelantan dan Perlis dalam saingan Liga Premier yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam esok dibatalkan susulan penyingkiran pasukan Singa Utara itu daripada Liga Malaysia semalam.

Unit Media Kelantan Red Warriors (KRW) dalam satu kenyataan berkata bagaimanapun Kelantan tetap meneruskan latihan seperti biasa pada minggu ini bagi mempersiapkan pasukan menghadapi perlawanan seterusnya.

“Selepas ini Kelantan akan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) pada 2 Mac di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru. Sebarang perubahan akan dipatuhi dan kami akan mengikut arahan badan pentadbir Liga Malaysia iaitu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Semalam, MFL menerusi Ahli Lembaga Pengarahnya sebulat suara memutuskan untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dalam satu kenyataan dilaporkan sebagai berkata keputusan itu dicapai setelah mereka mereka meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) pada 18 Feb lepas.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di