Siakap Keli
Gambar Kredit FMT

Strok Haba, Elak Terdedah Cuaca Panas Selepas 9 Pagi – Dr. Zaini

Orang ramai terutama golongan yang berisiko tinggi termasuk warga emas, orang berpenyakit serta kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak terdedah pada cuaca panas untuk jangka masa panjang bagi mengelak daripada serangan strok haba.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin juga menasihatkan  pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga menghentikan sementara aktiviti luar.

“Kalau hendak diadakan juga aktiviti luar termasuk bersukan, ia perlu dijalankan awal pagi dan berakhir sebelum 9 pagi atau lewat petang.

“Selepas jam 9, cuaca semakin panas dan pernah direkodkan mencapai lebih 40 darjah celcius dan ini boleh menyebabkan strok haba,” katanya selepas majlis pelancaran program Mari Berpeluh Jabatan  Kesihatan  Kelantan 2019 di sini, hari ini.

Tujuh jabatan kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia dengan 200 peserta mengambil bahagian pada program itu.

Berikutan cuaca yang panas sehingga boleh menyebabkan dihidrasi dan seterusnya  mengakibatkan  strok haba, Dr Zaini menasihatkan orang ramai meminum air terutama air putih dengan jumlah yang banyak.

Katanya, sekiranya ada tanda-tanda demam, muntah, cirit birit dan kejang dalam kalangan orang ramai, mereka dikehendaki berjumpa doktor segera untuk diagnosis awal.

“Tindakan awal boleh mengelak daripada berlaku komplikasi lebih teruk termasuk boleh membawa maut,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Zaini berkata program Mari Berpeluh bertujuan mempromosi dan menggalakkan penglibatan seluruh rakyat Kelantan khususnya menjalankan aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh.

“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 melaporkan 51.7 peratus  iaitu lima daripada 10 rakyat Kelantan menghadapi masalah hypercholesterolemia (kandungan kolesterol tinggi dalam darah), masalah berat badan berlebihan (30.7 peratus) dan 28.8 peratus menghadapi masalah obesiti yang memberi isyarat penyakit tidak berjangkit semakin meningkat.

“Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah menyediakan satu pelan untuk aktiviti fizikal dikenali sebagai NASPAL (Pelan Strategik Kehidupan Aktif Nasional) 2016-2025 yang bermatlamat untuk menurunkan sebanyak 10 peratus prevalen ketidak aktifan dalam aktiviti fizikal penduduk Malaysia menjelang 2025,” katanya.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di