Siakap Keli
Gambar : Bernama

Jumlah Penjawat Awam Terlalu Besar, PM Berpendapat Ia Perlu Dikurangkan

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan berpendapat bahawa saiz penjawat awam ketika ini terlalu besar dan perlu dikurangkan, seperti dilaporkan BERNAMA.

Menurut beliau lagi, jumlah penjawat awam semasa adalah seramai 1.7 juta iaitu peningkatan sebanyak 700,000 orang sejak beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 suatu ketika dahulu.

Oleh itu katanya, kerajaan berhasrat untuk meneroka peluang-peluang dalam sektor swasta dan membangunkan peluang pekerjaan dengan gaji lebih lumayan seperti dalam sektor pembuatan.

Tambah beliau, orang ramai akan berpindah daripada kerja dengan kerajaan kepada kerja dengan syarikat swasta dan meningkatkan keupayaan mereka supaya memperoleh pendapatan yang lebih tinggi daripada pegawai-pegawai biasa di dalam sektor awam.

Selain membangunkan peluang pekerjaan dalam sektor swasta, Tun Dr. Mahathir juga melihat bahawa penggunaan teknologi maklumat juga boleh mengurangkan jumlah penjawat awam.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.