Siakap Keli

(Video)Filem Captain Marvel Disahkan Mempunyai Dua Post-Credits Scenes

Bagi peminat tegar filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU), sudah tentu sedia maklum dengan kemuculan superhero terbaru Captain Marvel yang bakal menjengah pawagam pada 8 Mac nanti.

Melalui satu tweet di Twitter MCU News & Tweets baru-baru ini mengesahkan filem berkenaan akan mempunyai dua post-credits scenes.

Seperti filem-filem Marvel sebelum ini, post-credit scene adalah penting sebagai pendedahan awal kepada penonton-penonton untuk mengetahui apakah yang akan berlaku pada filem seterusnya. Misalnya, bayangan kemunculan Captain Marvel sudahpun didedahkan dalam post-credit scene filem The Avengers: Infinity War sebelum ini.

Selain dua post-credit scene, Captain Marvel juga dikhabarkan akan mempunyai pre-credit scene sebagai tribut khas kepada Mendiang Stan Lee, lagenda dan pelukis terkenal beberapa watak superhero Marvel.

Post-credit berkenaan juga penting bagi peminat-peminat filem Marvel kerana ia akan membawa sedikit bayangan apa yang bakal berlaku dalam filem seterusnya, The Avengers: End Game yang dijangka akan menemui penonton pada April nanti.

Watak Captain Marvel digalas oleh Brie Larson dan turut membuat kemunculan dalam filem berkenaan juga adalah Samuel L. Jackson dan Ben Mendelsohn.

Saksikan trailer ke-2 Captain Marvel di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0LHxvxdRnYc]

 

Sumber: We Got This Covered

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.