Siakap Keli
Gambar : Bernama

Gangguan Bekalan Air 24 Jam Di Seremban, PD, Rembau, Selasa Ini

Seremban : Sebahagian kawasan daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai jam 8 pagi, Selasa ini, menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air sehingga jam 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja penggantian, penyelenggaraan dan pencucian Loji Rawatan Air Linggi, Port Dickson.

Di daerah Seremban, antara kawasan yang terjejas ialah seluruh Seremban 2, Jalan Tuanku Antah, Hospital Besar Seremban dan seluruh kawasan Senawang.

Bagi daerah Port Dickson ialah Kampung Permatang Pasir Linggi, Sunggala Gateway, Kampung Sawah Sunggala dan sebahagian kawasan Batu 4 Jalan Pantai.

Bagi daerah Rembau puia ialah Ladang Bukit Bertam, Rumah Rakyat Lubok Cina Fasa 1 dan 2, Kampung Nerambai, Kampung Semerbok, Kuala Merbok dan Jalan Padang Kerbau Semerbok.

“Bekalan air akan disambungkan semula secara berperingkat selepas jam 8 pagi Rabu ini. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.