Siakap Keli

Marah Isteri Tak Bagi “Password” Telefon, Lelaki Tergamak Belah Perut Isterinya Yang Sedang Sarat Mengandung

Seorang lelaki tergamak menetak sebelum membelah perut dan mengeluarkan anak yang dikandung isterinya sendiri keraka wanita itu enggan membernarkannya memeriksa telefon bimbit mangsa, dalam kejadian yang berlaku di Indonesia.

Menurut laporan Tribun News, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis di Jl Irian, Kelurahan Tanjung Jaya, Kecamatan Sungai Serut, Kota Bengkulu itu, mangsa Erni Susanti, 29, maut ditempat kejadian manakala anaknya berada dalam keadaan selamat dan dirawat di hospital.

Suspek Romi Sepriawan, 30, sudah berjaya ditahan pihak berkuasa dan hasil siasatan awal mendapati bahawa suspek kerap bergaduh dengan mangsa disebabkan mangsa enggan berkongsi kata laluan kekunci telefon bimbit yang digunakannya.

Polis juga menyebut bahawa kejadian pembunuhan ngeri itu terbongkar selepas suspek hadir ke rumah jirannya dengan keadaan tangan berlumuran darah.

Kehadirannya ke rumah jiran dipercayai bagi menyerahkan bayi yang diambil selepas membelah perut isterinya itu.

Jirannya yang merasa curiga kemudian memeriksa rumah suspek sebelum mendapati isteri mangsa berada dalam keadaan mengerikan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ketua kampung.

Manakala bayi malang berkenaan dibawa ke hospital oleh jiran suspek untuk menerima rawatan.

Sumber: Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.