Siakap Keli

Netizen Terkejut Dengan Penampilan Terkini KJ, Ada Yang Kata Hanya Tinggal Cuma ‘Tall’ Dan ‘Dark’

Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin adalah antara personaliti politik yang begitu popular sejak dahulu lagi. Karisma beliau ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan sentiasa dipandang tinggi hinggalah sekarang apabila bergelar pembangkang.

Khairy ataupun mesra disapa sebagai KJ suatu ketika dahulu mempunyai penampilan yang sangat menarik dan kemas sehingga sering dirujuk dengan ciri-ciri lelaki ‘Tall, Dark and Handsome”.

Bagaimanapun, penampilan terkininya dalam satu ceramah santai anak muda bersempena Pilihanraya Kecil Semenyih semalam mencuri tumpuan netizen.

Walaupun ceramah berkenaan dilapor oleh sebuah media tempatan popular tanah air, netizen dilihat lebih memberi tumpuan dan berbicara mengenai gaya luaran dirinya berbanding isi ceramah yang disampaikan.

Majoriti netizen melahirkan rasa terkejut dengan penampilan beliau yang amat berbeza berbanding semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dahulu.

Antara komen-komen yang ditinggalkan turut bertanya apa yang terjadi kepada KJ selepas parti yang diwakilinya, UMNO dan Barisan Nasional tewas dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Berikut adalah antara komen-komen yang ditinggalkan netizen pada perkongsian portal berita tersebut.

Mungkin ini adalah imej terbaru yang ingin digayakan oleh KJ, siapa tahu kan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.