Siakap Keli

(Video) Hati-Hati, Sekumpulan Lelaki Motosikal Lakukan Rompakan Bersenjata Semasa Pintu Pagar Dibuka

Sejak semalam, tular beberapa rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki didakwa melakukan kegiatan samun di bebersapa tempat berbeza di Selangor, semalam kira-kira pukul 4.30 petang.

Melalui rakaman video kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang tular, kumpulan didakwa sebagai penyamun terdiri daripada enam hingga tujuh orang lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha 125z antaranya berwarna biru, kuning dan hitam.

Beberapa rakaman video samun yang tular dipercayai berlaku di kawasan Bukit Kuchai di Puchong dimana seorang lelaki nyaris menjadi mangsa samun kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang di kawasan rumahnya.

Bagaimanapun lelaki berkenaan terselamat daripada menjadi mangsa serangan samun bersejata tersebut apabila sempat masuk ke dalam rumah dan menutup pintu yang turut dibantu oleh dua lelaki, dipercayai anak kepada lelaki berkenaan.

Identiti kesemua kumpulan lelaki tersebut bagaimanapun tidak kelihatan dalam rakaman CCTV tersebut disebabkan kesemua mereka memakai topi kaledar.

Manakala maklumat yang dikongsikan oleh seorang lelaki di laman facebooknya, Faizul Bin Mursidi pula mendakwa kumpulan penyamun berkenaan juga terlibat dalam kejadian jenayah yang sama di beberapa kawasan yang lain antarany di Taman Sri Medan Telok Panglima Garang dan Kg. Raja Uda di Klang.

Menurut Faizul lagi, salah seorang mangsa kepada kumpulan penyamun berkenaan adalah wanita yang kerugian pelbagai barangan berharga termasuklah rantai, telefon bimbit dan wang tunai.

Faizul turut menambah pergerakkan kumpulan lelaki bermotosikal itu berjaya dirakam melalui CCTV yang dipasang pada rumah beberapa orang penduduk di kawasan taman dimana mereka menjalankan aktiviti jenayah.

Dibawah adalah rakaman video kejadian samun yang dipercayai berlaku di Bukit Kuchai, Puchong dan Kg Raja Uda.

Sumber: Faizul Bin Mursidi, Info Roadblock JPJ/POLIS, Kg Raja Uda (K.R.U)

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.