Siakap Keli

(Video)Remaja Ketagih Permainan Video Sehingga Ibu Terpaksa Suap Makan Di Kafe Siber

Seorang ibu yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa ‘turun padang’ ke sebuah kafe siber untuk menyuap makanan kepada anak lelakinya yang sedang bermarathon selama 48 jam bermaian permainan video komputer.

Tindakkan kasih sayang luar biasa itu terpaksa diambil kerana anaknya yang berusia 13 tahun itu enggan berganjak daripada kerusinya untuk makan seketika.

Lilybeth Marvel, 37, berkata dia mula merasa bimbang dengan ketagihan anaknya terhadap permainan video komputer sejak dua tahun lalu apabila Carlito Garcia mula menghabiskan masa sehingga lewat malam di kafe siber.

Melalui video yang tular, Lilybeth dilihat terpaksa menyuapkan Carlito sarapan pagi ketika dia sedang bermain permainan komputer.

Kanak-kanak berkenaan juga dilihat terus memberi fokus kepada permaianan tersebut dan tidak terganggu dengan tindakkan ibunya menyuap makanan pada mulutnya.

”Anakku, makanlah sedikit,” rayu ibunya.

Melalui video yang sama juga dapat didengari pertanyaan Lilybeth kepada Carlito sama ada dia mahu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh anaknya.

Lilybeth kelihatannya begitu bimbang dengan keadaan Carlito yang meluangkan begitu banyak masa di depan skrin pada usia muda sehingga mungkin mampu menjejaskan tumbesarannya.

Carlito juga diakatakan sudah lama tidak menghadiri sekolah dan meluangkan semua masa untuk bermain permainan ‘Rule of Survivor’ setiap hari.

Tidak dapat berbuat apa-apa, Lilybeth kini beralih arah dengan menggunakan platform atas talian untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

”Dahulu, saya gemar memarahinya, tetapi tidak berkesan. Jadi saya ubah pendekatan. Saya mahu Carlito tahu bahawa saya mengambil berat mengenainya dan sebagai ibu saya menyayangi anak saya.

”Saya pernah mengurungnya namun dia sentiasa mempunyai jalan untuk melarikan diri,” jelas Lilybeth mempertahan tindakkannya membawa makanan kepada anaknya di kafe siber.

Lilybeth dan suaminya mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar Carlito ke sekolah dan mencari cara untuk mengawal ketagihannya namun keadaan nampaknya menjadi semakin sukar buat pasangan ini.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.