Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Boleh Operate Tapi Tak Nak Bius,” Doktor Cerita Pengalaman Ibu Hamil Lebih Hari Perlu Pembedahan, Tapi Suami Tak Bagi Bius

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Proses melahirkan cahaya mata sama seperti bertarung dengan hidup dan mati. Ada diantara bakal ibu yang tidak dapat diselamatkan ketika bersalin kerana berdepan dengan beberapa komplikasi yang ternyata memberi risiko yang besar kepada kedua-dua nyawa, ibu mahupun bayi.

Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza ketika proses bersalin.  Pun begitu, setiap proses yang ditempuh ternyata mempunyai cabaran dengan kesakitan yang tak dapat digambarkan.

Melahirkan bayi bukanlah sesuatu yang wajar dipandang enteng. Pelbagai persiapan perlu dibuat sebelum bayi dapat disambut dengan selamat oleh pakar perubatan bertauliah.

Ia adalah pertaruhan nyawa buat ibu dan anak.  Apakah rasanya jika bersalin tanpa bius?

Gambar Hiasan

Tidak tergambar rasa sakit hidup-hidup yang akan dilalui sepanjang proses pembedahan berjalan.

Perkongsian daripada Nurul Faiznani yang menceritakan pengalamannya berhadapan dengan seorang wanita yang menolak ubat tahan sakit serta permintaan daripada suami yang menghalang isterinya daripada diberikan bius.

Tetiba teringat suatu pagi (1pagi) seorang perempuan datang dewan bersalin nak bersalin tapi taknak ubat tahan sakit.

Dahla kandungan pertama. Tak pernah rasa sakit bersalin mcm mana. Tapi pandai cakap macam dah bersalin 10 orang.

Yang paling malangnya suami yang tak rasa sakit bersalin tu yang bagitahu Doktor isteri saya tak perlu ubat tahan sakit.

Doktor explain yang kandungan dah 40 minggu 8hari (post date) kemungkinan baby lemas dan perlukan operation.
Tahu apa permintaan dia?
Boleh operate tapi taknak ubat bius

I be like
Ouh menariknya. Teringin jugak nak tengok org operate tanpa bius

(semoga tuhan temukan kita jodoh yg tak bangang & selfish mcm tu)

Sumber: Nurul Faiznani

Nur Farra