Siakap Keli

Bosan Kena ‘Test’ Enjin 2 Jam Atas Udara, Kemahiran Juruterbang Bagitahu Dia Bosan Buat Netizen Kagum

Perjalanan yang panjang adalah sesuatu yang membosankan walaupun bagi seorang juruterbang.

Juruterbang dari Adelaide, Australia yang sedang menguji enjin pesawat baru meluahkan rasa bosannya menerusi skrin radar.

Juruterbang Pelatihan Penerbangan Adelaide, terbang dari Lapangan Terbang Parafield Australia Selatan diberi tugas untuk menjalankan enjin pesawat itu pada persekitaran kuasa tertentu selama dua jam.

Ketika pesawat semakin dekat ke Port Broughton, barat laut Adelaide di Australia Selatan, dia ‘mengukir’ perkataan ‘saya bosan’ pada peranti jejaknya.

Pine Pienaar, pengarah Penerbangan Latihan Adelaide, memberitahu media Australia bahawa sekolah penerbangan tidak pernah membenarkan juruterbang berbuat demikian.

Menurutnya, “Nampaknya dia bosan. Jurulatih muda, apa lagi boleh dia lakukan?”

Rata-rata netizen yang melihat rakaman radar itu kagum dengan kemahiran juruterbang tersebut kerana boleh ‘menulis’ ayat penuh dan boleh dibaca melalui radar.

Sumber: Flight Aware, Boredpanda

Nur Farra