Siakap Keli

(Video)Hebat, Lelaki Ini Berjaya Cipta Motosikal Guna Tenaga Air Untuk Ganti Petrol

Motosikal dengan enjin yang dipacu menggunakan air memang kedengaran agak aneh, ataupun ada yang menganggap ia sebagai mustahil, tetapi seorang lelaki di Brazil ini membuktikan sebaliknya.

Ricardo Azevedo, seorang penjawat awam berasal daripada Sao Paulo, Brazil ini menghasilkan sebuah jentera diberi nama ‘T Power H20’ yang mampu bergerak sejauh 300 batu (482 kilometer) setiap liter air.

T Power H20 yang dibangunkan mengguna platform motosikal Honda NX 200 tahun 1993 ini sememangnya tidak menggunakan sebarang bahan api konvensional sebaliknya bergantung kepada air semata-mata.

Sebaliknya, jentera ini bergantung kepada sebuah bateri kenderaan yang dipasang oleh Ricardo untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini kemudian digunakan untuk menjalankan proses elektrokinesis bagi memisahkan molekul-molekul air kepada hirogen dan oksigen.

”Molekul hidrogen lebih banyak terhasil dan saya menggunakan molekul ini untuk memastikan enjin berfungsi,’‘ kata Ricardo yang percaya ciptaannya adalah jawapan kepada pencemaran asap kenderaan ketika ini.

Malah menurut Ricardo, ujian prototaip yang pernah dijalankannya mendapati motosikal ini mampu bergerak sejauh 500 km dengan setiap liter air. Bagi mendapatkan penggunaan enjin yang terbaik, Ricardo mencuba pelbagai jenis air termasuklah air masak, air minuman dan air sungai.

”Mengejutkan apabila saya mendapati bahawa air daripada sungan yang tercemar, Sungai Tietê memberikan hasil yang terbaik.

”Jadi saya menggunakan air yang tercemar tersebut sebagai ‘bahan bakar’ motosikal ini,” katanya.

Tidak seperti enjin motosikal biasa yang melepaskan karbon dioksida, TPower H20 yang menggunakan air hanya melepaskan wap air di melalui ekzosnya.

Ciptaan Ricardo juga turut mendapat pujian daripada penyelidik-penyelidik ternama tempatan yang mahu kerajaan memberi sokongan kepada perekacipta tempatan seperti Ricardo.

Ketika ini, penyelidikkan giat dijalankan untuk menghasilkan kenderaan yang mampu bergerak menggunakan air. Walaupun T Power H2O tidak sepenuhnya menggunakan air, namun ia bergerak di atas landasan betul.

Bagaimanapun, selagi para penyelidik tidak menemui cara untuk menghasilkan enjin dengan pembakaran terkawal dan sempurna menggunakan air, harapan untuk melihat kenderaan dengan tenaga air secara kormesial dalam masa terdekat mungkin tidak dapat direalisasikan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=o5w3i9PXH1g]

 

Sumber: Oddity Central, Euro News 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.