Siakap Keli

“Walau Dari Paka Mereka Tumpang, Tak Mampu Nak Pandang Muka Anak Dia,” Perjalanan 230km, Bonceng 5 Orang Nak Tengok Ayah Sakit Buat Netizen Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak ramai yang bernasib baik sepertimana kita bernasib baik dalam hidup.  Jika kita rasa harta atau paras rupa tidak secantik orang lain ataupun tidak sebanyak orang kaya, ingatlah ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

Bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa memanjat syukur diatas kurniaan yang sempurna.

Pengorbanan itu besar ertinya.  Tak semua orang sanggup berkorban.  Sedang orang lain menaiki kereta dengan penghawa dingin yang sejuk, ada juga yang terpaksa berkorban menunggang motosikal dibawah panas terik demi menziarah ayah yang sakit.

Perkongsian daripada saudara Ahmad Hafizi Abdullah ini memberi kesan kepada netizen yang rata-rata sebak dengan kegigihan keluarga ini.  Mari baca kisah yang dicoretkan saudara ini.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika berada di shell lpt 2 mengahala ke timur jam 1 tengahari ,bila terjumpa 1 keluarga 5 orang menaiki motor…katanya dari felda neram untuk pulang ke rumah di setiu,selepas menzirahi ayahnya sakit jantung..perjalanan 1 hala lebih kurang 230km.

Ya allah!! tengok bro.

Kita yg naik kete ekon tak berapa sejuk da mengeluh, ni kan pulak 1 motor naik 5 orang. Tengah hari panas terik. Umur anak antara 2 tahun hingga 11 tahun.

Aku pelawa anak dengan bini dia naik kereta.  Hanya no 2 dan no 3 serta ibu yg setuju.

Kakak yg sulung setia meneman papa menaiki motor. Walau dari hentian Paka hingga susur Ajil mereka menumpang…tak mampu nk pandang muka anak dia.

Jiwa tak kuat nak amik gambar side by side.

Sumber: Ahmad Hafizi Abdullah

Nur Farra