Siakap Keli

Angkara Suami Enggan Bayar Wang Tebusan, Kepala Isteri Dipenggal Dan Dicampak Di Tepi Jalan

MEXICO:  Kepala milik seorang wanita yang diculik ditemui dalam sebuah plastik yang dibuang selepas suaminya enggan membayar wang pampasan yang diminta penculik.

Tubuh badan Susana Carrera dijumpai di kawasan berlainan di tepi jalan di Coatzacoalcos, dekat Teluk Mexico, seminggu selepas dia diculik di luar rumah rakannya.

A note was found with her body a week later, reading 'This happened to me because my husband is a c*** and did not want to pay for my ransom'

Kepalanya ditemui dalam plastik sampah berserta nota ditinggalkan oleh penculik dengan ayat yang menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku kerana suami Susana enggan membayar pampasan berjumlah empat juta peso (RM817,060).

Susana dilaporkan diculik ketika di sedang ke rumah rakannya untuk menjemput salah seorang anaknya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian menunjukkan penculik yang datang ke arah mangsa segera menariknya dengan kuat sebelum menghumban Susana masuk ke dalam kereta sepantas kilat.

Seconds later a masked person grabs Mrs Carrera from behind and drags her away from the door before her friend comes to answer the doorbell

Seminggu selepas diculik, badan dan kepala milik mangsa dijumpai di kawasan berlainan.

Beberapa jam selepas ditemui, suami kepada mangsa mengumumkan berita kematian Susana melalui laman Facebooknya.

Pasangan suami isteri tersebut merupakan pengusaha perniagaan aluminium dan perkakasan.

Motif penculikan dan pembunuhan masih tidak dapat disahkan berikutan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar