Tali pusat adalah organ yang sama-sama hidup bersama bayi sebagai talian hayat antara ibunya. Ia berfungsi untuk membekalkan nutrien dan oksigen yang diperlukan janin daripada badan ibu sendiri.
Pun begitu, sering kita dengar komplikasi tali pusat yang berisiko meragut nyawa bayi.
Perkongsian daripada Doktor Muhamamd Izzat ini menjelaskan antara punca dan komplikasi melibatkan tali pusat yang boleh berlaku semasa proses bersalin.
TALI PUSAT SATU-SATUNYA TALIAN HAYAT BAYI
Tali pusat menghubungkan bayi kepada uri/plasenta di dalam rahim. Salur darah dlm tali pusat ini mengandungi darah yg kaya dgn oksigen, nutrisi kepada bayi dalam masa yang sama membawa bahan perkumuhan metabolism bayi ke uri lalu kembali ke peredaran darah ibu.
Lepas bayi dilahirkan, tali pusat ini akan di clamp dan dipotong, sebelum uri dikeluarkan.
Ape pulak tali pusat terkeluar dulu sebelum bayi dilahirkan?
Haa mestilah baby kluar dulu then tali pusat. Ni ape cite plak kalau tali pusat yg kluar dulu, tapi baby kat dalam rahim lg?
Bila air mentuban pecah, tali pusat ni bleh turun dgn laju sehingga terkeluar dari pintu rahim setelah melepasi kepala baby. Selalunya berlaku bila dah nak bersalin ataupun bila air mentuban turun/pecah.
SANGAT JARANG berlaku 1 dalam 200 dan 1 dalam 1000 kelahiran. Kalau berlaku ianya berlaku nak dekat2 penghujung kehamilan selalunya 37 minggu ke atas. Mende ni bukan main-main, hal hidup atau mati si baby. Kecemasan dan perlu dilahirkan SEGERA.
Kenapa saya ckp ianya hal hidup atau mati bayi? Bila dah terkeluar tali pusat tu, tali pusat ni boleh terhimpit oleh kepala baby atau ditekan bersama-sama kontraksi rahim. Salur darah yang bawak oksigen utk baby boleh tersekat, kurang oksigen sampai kat baby. Maka bayi perlu keluar serta merta dari dalam rahim untuk mengelakkan komplikasi daripada kurangnye oksigen tu. Sama ler kalau kita cekik seseorang tu, oksigen sampai ke otak terganggu dan boleh mati akibat tercekik. Begitu analogi nye.
Malangnya, tak boleh nak agak bila situasi ni boleh terjadi. Melalui scan pun tak boleh sebab kedudukan baby dan tali pusat sentiasalah berubah-ubah pada peringkat kehamilan.
Tapi ada beberapa keadaan yg dikenalpasti dimana tali pusat terkeluar ni berisiko tinggi terjadi
- Baby dalam keadaan songsang atau bayi dalam keadaan melintang.
- Air mentuban pecah awal atau dah nak bersalin tak cukup bulan
- Kehamilan kembar
- Air mentuban lebih banyak dari biasa
- Baby nye kecil dari biasa
- Bila air mentuban dipecahkan untuk memulakan sakit bersalin (ARM) oleh doktor atau jururawat perbidanan lebeh lebeh lagi bila kepala bayi masih tinggi terapung di atas tulang pinggul. Doktor atau jururawat selalunya akan memecahkan air mentuban ini bila baby benar2 dah masuk dalam ruang pelvis. Utk kes-kes yg special sebegini, kakitangan akan sentiasa bersedia membawa pesakit ke dewan bedah untuk caeserean jika berlakunya tali pusat terkeluar dahulu selepas air mentuban dipecahkan.
Ape tanda-tanda berlakunya tali pusat terkeluar dahulu?
Lazimnya doktor atau jururawat berasa ‘sesuatu’ yang pelik dalam faraj ataupun nampak sendiri tali pusat tu menjulur keluar dari faraj. Biasanya bila terjadi tanda ni, labour room dah menjadi hiruk pikuk sementara menyediakan pesakit untuk ke dewan bedah. Suasana yg sunyi sepi akan bertukar menjadi gegak gempita.
Degupan jantung bayi tetiba menjadi sgt perlahan lepas air mentuban pecah.
Walaupun begitu, ada je kes di mana tali pusat dah terkeluar tapi takda ape2 tanda langsung.
Haaa. Nama pun emergency kan. Baby mesti dilahirkan dgn segera. Dalam hiruk pikuk suasana pesakit akan diterangkan dengan pantas ape yg berlaku – lazimnya pesakit sendiri pun keliru dgn ape yg berlaku dan tergamam. tapi percaya lah mereka-mereka ni sedang melakukan sehabis baik utk menyelamatkan nyawa bayi.
Jari dimasukkan ke dalam faraj, utk menolak kepala bayi supaya tidak menghimpit dan menekan tali pusat tu. Tiub kencing di masukkan dan air dimasukkan ke pundi kencing ibu melalui tiub ini supaya pundi kencing yg penuh dengan air dapat menolak kepala bayi ke sisi, jauh dari tali pusat terkeluar tu.
Oksigen diberikan pada ibu melalui topeng muka oksigen agar cukup oksigen sampai ke bayi dalam saat genting ini.
Dengan sepantas kilat, mende-mende kat atas ni berlaku serentak, pesakit pun da sampai kat dewan bedah untuk caeserean. Ibu akan diberikan bius penuh, supaya pembedahan dpt dilakukan dgn kadar segera.
Asistant nurse membantu saya untuk caeser kes tali pusat terkeluar ni lazimya tak menang tangan sebab bayi selalunya akan keluar kurang dari 2 minit, sejurus sahaja ibu diberikan bius penuh.
Bayi akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak untuk tindakan selanjutnya.
Nampak tak semua berlaku dgn sangat pantas, bila semua kakitangan sudah bersedia menghadapi saat-saat genting ini. Pilihan pesakit yang takmo ini takmo itu, nak doktor perempuan takmo doktor lelaki, dan seumpama denganya akan melambatkn masa. Belum lagi kalau bersalin kat umah, betapa cepat pesakit boleh sampai ke dewan bedah jika dari rumah?
MASA = NYAWA
Kite dah tua takpa. Baby yg baru nak menjengah dunia tu bagi dia peluang lahir dgn baik dan sempurna, dengan fungsi otak yang normal seperti bayi2 biasa.
Tak kesah la baby tu itam ke putih ke comel ke tak comel ke mulut terjuih ke bibir tebal ke , SEMUA baby punya HAK untuk lahir dgn sihat tanpa apa-apa komplikasi.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan