Siakap Keli

Cuaca Panas Luar Biasa Cecah 36.9 Darjah Celsius 10 Kawasan Di Utara

Fenomena cuaca panas akan terus melanda negara dengan gelombang haba mencecah 35-36.9C darjah Celsius di sepuluh (10) kawasan.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook miliknya berkongsi amaran tahap pertama suhu itu selama 3 hari di Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlalu terdedah pada cuaca panas ini bagi mengelakkan serangan strok haba.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di