Siakap Keli

Hanya Kerana Bentuk Capati Yang Dimasak Tidak Bulat, Suami Sanggup Bunuh Isteri Yang Sedang Hamil

Seorang wanita hamil empat bulan di Jahangirpuri, New Delhi, India mati dibunuh suaminya yang berang dek  kerana mangsa tidak membuat roti capati yang berbentuk bulat.

Mangsa yang dikenali sebagai Simran, 22 berselisih faham dengan suaminya pada sabtu lalu kemudian di tendang oleh suaminya di bahagian perut mangsa sebelum dicekik hingga mati.

Mayat Simran kemudiannya di jumpai terbaring di rumah pada pagi Ahad lalu oleh abang mangsa.

Simran cuba diselamatkan oleh anak perempuannya yang berusia 4 tahun tetapi dia diseret oleh ayahnya dan dijumpai di kurung dalam sebuah bilik manakala suspek melarikan diri.

Anak perempuan mangsa memberitahu polis bahawa ibu bapanya sering bergaduh kerana roti capati yang dibuat ibunya.

“Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” ujarnya.

Menurutnya, dalam kejadian itu, bapanya berang selepas ibunya menghidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dan terus menendang perut ibunya.

“Saya cuba untuk membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” jelasnya.

                                                  –Gambar hiasan


Polis memberi kenyataan, siasatan awal mendapati mangsa mati selepas leher dijerut dengan tali.

“Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dengan dakwaan membunuh” ujarnya.

Pasangan suami isteri ini telah berkahwin selama 5 tahun. Bisnes suaminya telah merosot dan menyebabkan dia bekerja di kilang sejak dua tahun lalu.

Sumber- The Times Of India

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar