Siakap Keli
Gambar hiasan

Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Susu Dan Lampin Anak, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 25 Tahun Serta 24 Sebatan

SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 25 tahun  setengah dan 24 sebatan selepas didapati bersalah kerana melacurkan isteri sendiri serta melakukan keganasan seksual terhadap anak kandung dan anak saudaranya.

Lelaki berumur 27 tahun itu turut dikenakan bayaran denda berjumlah S$12,000 (RM36,000) oleh mahkamah yang menjatuhkan hukuman pada 19 Februari lalu.

Mahkamah turut mendapati pelaku bersalah di atas kesalahan menyuruh isternya melacur untuk membeli lampin dan susu anak mereka.

Pelaku meminta isterinya untuk mencari pelanggan secara dalam talian dan turut menekan mangsa untuk mencapai kuota tertentu yang ditetapkannya setiap hari.

Sekiranya enggan mengikut kemahuan suaminya, mangsa akan dipukul, tendang dan tampar setiap hari sehingga tubuhnya lemah selain kesemua wang diperolehnya perlu diberikan kepada lelaki itu.

Menurut peguam, mangsa yang dirahsiakan identitinya menjadi gerun terhadap suaminya yang akan melakukan keganasan kepadanya, anak perempuan  dan anak saudara mereka sekiranya hal ini diadukan kepada orang luar.

Bagaimanapun, kelakuan tidak bermoral ini terbongkar apabila ibu kepada pelaku mengambil keputusan untuk melaporkan kepada polis selepas dia mengetahui anak lelakinya itu mencabul cucu perempuannya.

Mangsa diletakkan dalam tahanan polis sebelum dibicarakan.

Laporan dari pakar psikiatri dari Institusi Kesihatan Mental menegaskan bahawa lelaki tersebut kemungkinan memiliki masalah keinginan seksual.

Sumber: Channel News Asia

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar