Siakap Keli

Peminta Sedekah Minta Wang Simpanannya RM38,000 Disedekah Mangsa Serangan Bom

Seorang pengemis di Ajmer yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu telah memenuhi impiannya untuk menderma simpanannya berjumlah Rs6.6 lakh (RM38,000) kepada mangsa serangan bom Pulwama.

Nandini Sharma meninggalkan hasratnya untuk menggunakan simpanan demi untuk bangsa dan masyarakat.

Sharma telah mengumpul simpanan itu dengan meminta sedekah di kawasan Kuil Mata Ambe di Bajrangarh di Ajmer.  Setiap wang yang diperoleh disimpan setiap hari di bank dan menamakan 2 pemegang amanah untuk melindungi akaun selepas kematiannya.

“Para pemegang amanah datang ke pejabat pengurusan daerah Rabu lalu menyatakan keinginan untuk mendermakan simpanan Sharma kepada mangsa serangan yang terkorban,” kata pemungut Ajmer, Vishwa Mohan Sharma.

“Walaupun simpanan itu hasil daripada meminta sedekah, tapi dia masih mahu menggunakannya kepada negara.

“Ramai yang selalu memberikan sedekah kepadanya termasuk makanan dan pakaian.

“Mereka selalu melihat Sharma masukkan wang yang dipungut ke dalam bank,” kata salah seorang sami kuil berkenaa.

Sumber: India Times

Nur Farra