Siakap Keli
Gambar Hiasan

Sekolah Di Perak Dinasihati Kurangkan Aktiviti Luar, Elak Serangna Strok Haba

Semua sekolah di Perak dinasihati agar mengurangkan aktiviti luar kelas bagi mengelak strok haba ekoran cuaca panas di dalam negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Abd Aziz Bari berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk meminta semua sekolah mengurangkan aktiviti di luar kelas bagi mengelak pelajar terdedah kepada cuaca panas terlalu lama.

“Kanak-kanak terutama pelajar yang terdedah dengan panas terlalu lama lebih mudah terkena strok haba. Saya berharap para guru dapat memastikan sebarang aktiviti luar ketika ini dapat diminimumkan.

“Ada sesetengah sekolah saya dapati mengambil langkah kempen minum air masak. Kempen ini amat membantu ketika cuaca panas seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd Aziz berharap selain pihak sekolah, ibu bapa dapat membantu menjaga kesihatan anak dengan memberi minum air yang banyak serta mengehadkan masa di luar rumah.

Suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius akan melibatkan 10 kawasan di Semenanjung selama tiga hari berturut-turut yang dikategorikan pada tahap satu iaitu fasa berjaga-jaga.

Kemaskini status gelombang haba yang dimuat naik dalam laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pukul 11 pagi ini menyatakan antara kawasan yang disenaraikan adalah Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di