Siakap Keli

Terlalu Taksub Dengan Permainan Video, Ibu ‘Manjakkan” Anak Sampai Makan Di Kafe Siber

Akibat terlalu taksub dengan permainan video, seorang remaja lelaki terpaksa makan disuap ibunya di sebuah kafe siber dekat Manila, Filipina selepas bermain permainan video di situ selama 48 jam tanpa henti.

Lilybeth Marvel, 37, berkata dia menjadi semakin bimbang sejak dua tahun lalu selepas anaknya, Carlito Garcia, 13, mula ketagih dengan dunia permainan video dan sanggup berada di kafe siber hingga lewat malam.

Sebuah rakaman video tular di Filipina dimana memaparkan Carlito yang sedang bermain permainan video disuapkan nasi oleh ibunya yang datang ke kafe siber tempat dia bermain.

Meskipun disuap ibunya, remaja tersebut tetap fokus terhadap permainan video tanpa terganggu sedikit pun.

Video tersebut menerima pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya mengkritik kelakuan Carlito yang dikatakan dimanjakan oleh ibunya.

Menurut Lilybeth lagi, anaknya kini telah diberhentikan sekolah berikutan terlalu kerap tidak hadir ke sekolah kerana taksub bermain permainan komputer.

“Saya dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendaftar Carlito ke sekolah baharu kerana ketagihannya yang melampau terhadap permainan video.

“Meskipun telah pelbagai cara kami lakukan, dia tetap berkeras mahu ke kafe siber dan bermain permainan video hingga berhari-hari,” jelasnya.

Ramai netizen yang mempersoalkan mengapa Lilybeth tidak bersikap tegas terhadap anaknya, namun menurutnya, dia hanya ingin menjadi ibu yang memahami dan sentiasa ada di saat anaknya memerlukannya.

“Saya berusaha untuk membuat dia tahu bahawa saya akan sentiasa menjadi ibu yang menjaga dan melindunginya walau apa pun yang terjadi dalam hidupnya,” akhirnya.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di