Siakap Keli

(Video) Feri Bawa Sekurang-Kurangnya 30 Penumpang Terbakar Di Langkawi

Sebuah feri membawa penumpang terbakar tidak jauh dari Jeti Kuah, Langkawi sebentar tadi.

Rakaman video kebakaran itu tersebar di laman media sosial melalui beberapa penduduk tempatan.  Antara beberapa ulasan daripada orang ramai mendakwa bahawa seramai 52 orang penumpang yang berada di dalam feri selamat.

Menurut saksi, bot-bot kecil termasuk nelayan yang berada berdekatan telah membantu menyelamatkan kru dan penumpang yang terlibat dalam kebakaran ini.

Pihak bomba mengesahkan sebuah feri yang bertolak dari Jeti Kuah menuju ke Kuala Perlis dengan membawa sekurang-kurangnya 30 penumpang dilaporkan terbakar kira-kir 3 petang tadi. Bagaimana pun maklumat punca kejadian belum diketahui.

 

 

Sumber: Amielia Shazwani‎

Laporan terperinci akan menyusul.

Sumber: Kelab Info Malaysia, Hairi Hairy Langkawi

Nur Farra