Siakap Keli

(Video) “Tidak, Saya Takkan Keluar,” Perlawanan Akhir Piala Carabao Dicemari Insiden Sarri Dan Keppa

Awal pagi semalam berlangsung perlawanan akhir Piala Carabao diantara Manchester City dan Chelsea. Perlawanan yang berkesudahan sehingga penentuan sepakan penalti yang menyaksikan City berjaya menjulang Piala Carabao untuk musim 2018/19.

Perlawanan selama 120 minit tanpa jaringan itu telah dicemari dengan sebuah insiden salah faham antara penjaga gol Chelsea Keppa Arizabalaga dan pengurus beliau Maurizio Sarri. Penjaga gol termahal di dunia itu yang diarahkan keluar pada minit ke 29 masa tambahan untuk ditukarkan dengan penjaga gol simpanan Willy Caballero namun Keppa enggan untuk keluar dari padang dan menyatakan beliau masih cergas untuk meneruskan perlawanan

Sarri kelihatan sangat marah dengan Keppa ketika itu kerana membantah keputusan yang dibuat. Bukan sahaja Sarri, pembantu pengurus Chelsea, Gianfranco Zola juga nampak sedikit berang dengan tindakan Keppa yang enggan ditukarkan.

Manchester City berjaya menjulang Piala Carabao untuk kali keenam selepas kali terakhir berjaya menjulang piala ini pada musim 2017/18.

Terbaru dalam temu bual selepas perlawanan, Sarri menyatakan kepada waratawan bahawa insiden itu berlaku kerana beliau salah faham dengan kakitangan medik dan menganggap Keppa tidak mampu untuk meneruskan perlawanan dan penentuan sepakan penalti.

https://www.youtube.com/watch?v=GZ-1G_bfKbs

 

Sumber: Sky Sport

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)