Siakap Keli

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Manager Anda Seorang ‘Pengecut’, Tak Layak Jadi Leader

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Di tempat kerja kita mesti akan berhadapan dengan dua jenis manager, satu manager yang boleh dipercayai dan satu lagi manager yang ‘pengecut’. Kadang-kadang pekerja yang bahagia tak semestinya kerana kerja yang mereka minat, tapi cara pembawakan seseorang manager itu memimpin pekerjanya.

Kerap kali kita mendengar seseorang pekerja ini(rakan/saudara mara/ahli keluarga) berhenti kerana sikap manager mereka walaupun syarikat dan kerja tersebut merupakan kerjaya idaman mereka.

Sikap ‘pengecut’ begini telah manjadi punca pekerja tak tahan dengan mereka, ciri-ciri manager ‘pengecut’ ini lah yang menjejaskan nama baik syarikat kerana seringkali terjadi pekerja ‘keluar masuk’ di tempat tersebut.

Jadi, Maukerja senaraikan ciri-ciri manager ‘pengecut’ ini untuk mengenalpasti adakah anda telah menjadi mangsa mereka, jika kesemua ciri-ciri ini ada dalam diri manager anda, kami sarankan pergi ke tempat lain sebelum ia melarat!

1. Sanggup Tindas Pekerja Bahawan Demi Mengampu Orang Atasan

Mungkin boss atasan tidak gemar dengan anda atau menghargai anda sebagai seorang pekerja. Bagi menjaga hatinya, manager anda sanggup mengiyakan tanpa menyokong anda. Malah lebih mengapi-apikan lagi kebencian boss atasan hanya kerana ingin rapat dengannya demi kepentingan diri. Paling menyakitkan lagi jika manager itu adalah kenalan anda.

2. Takkan Benarkan Pekerja Menyerlah

Jika manager rasa insecure dengan pencapaian yang anda telah lakukan, manager akan sengaja mengarah anda melakukan kerja-kerja biasa (sehingga diluar bidang kerja sebenar) yang membuatkan nama anda jadi ‘tenggelam’ dalam syarikat tersebut.

Lebih teruk lagi jika si manager sanggup main kotor, sabotaj kerja anda atau tidak kreditkan nama anda atas hasil titik peluh anda mengendalilkan sesebuah tugas.

3. Cepat Jatuh Hukum Atas Pandangan Peribadi

Jika si manager anggap anda tidak hormati diri mereka seperti mana yang dia nak, dia sanggup menyeleweng kebajikan anda (kurangkan bonus, tidak dapat kenaikkan gaji, dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan hak anda sebagai pekerja). Pendek kata, anda tidak turut apa yang dia mahu atau apa yang dia suka atau anda tak ‘sebulu’ dengannya.

4. Curi Idea Pekerja

Anda yang bersengkang mata melaksanakan tugasan dengan sempurna, hasilnya sia-sia apabila si manager mengatakan bahawa itu semua idea dia.

5. Kritik Perkara Kecil

Jika mereka lihat anda ada potensi untuk melebihi daripada apa yang si manager itu ada. Dia akan cuba buatkan mentaliti anda jatuh dengan memperbesarkan kesilapan kecil yang boleh dimaafkan.

Cuba cari kesalahan anda dan menyalahkan anda agar dapat menganggu prestasi anda. Selain itu, si manager akan merendah-rendahkan kredibiliti anda disebabkan kesalahan kecil tersebut.

Jika kesemua ini berlaku pada anda, segeralah bertindak untuk mempertahankan diri dan cari peluang lain. Kalau tidak, tiada sebarang peningkatan dalam diri dan anda akan terus dilabel ‘kambing hitam’ dalam organisasi serta mangsa kesempatan si pegecut ini.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.