Siakap Keli
Gambar: Maskulin

Bersediakah? 20 Perkara Lelaki Perlu Perbaiki Sebelum Jadi Suami

Berkahwin bukanlah sebuah perkara yang mudah. Oleh itu, bakal raja sehari ini selalunya akan dinasihati agar mendalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka juga perlu mendalami ilmu kehidupan berkeluarga agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka setelah menamatkan zaman bujang mereka. Kaum wanita perlu menyiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu kewanitaan agar tidak kekok membuat kerja apabila sudah bergelar isteri dan ibu nanti. Manakala, kaum lelaki juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu kebapaan supaya dapat diaplikasikan kembali dalam kehidupan berkeluarga kelak.

Berikut merupakan 20 tip yang perlu diperbaiki oleh kaum lelaki sebelum menjadi suami:

  1. Membuat Simpanan Untuk Berkahwin.

Sebelum melalui fasa perkahwinan, kaum lelaki perlu membuat simpanan untuk tujuan perkahwinan dan bukan meminta pasangan untuk membuat pembiayaan peribadi bagi tujuan untuk berkahwin. Di Malaysia, ramai anak muda yang mendirikan perkahwinan di awal usia akhirnya tersepit dengan hutang selepas berkahwin sehingga menyebabkan pasangan mengalami tekanan yang amat tinggi dan membuat keputusan untuk bercerai. Cuba untuk ikuti dan baca artikel-artikel mengenai tips menyimpan duit yang boleh didapati di internet dengan mudah dan mengamlkannya secara berkala, anda pasti terkejut dengan hasilnya.

Gambar: CyberGuy
  1. Jangan Ubahsuai Kenderaan

Lelaki dengan dunia automotif memang tidak dapat dipisahkan, tapi janganlah sampai terlalu obsess sehingga menjejaskan prestasi kewangan anda. Mendandan dan menyolek kereta sememangnya hobi lelaki, tapi tidak perlulah terlalu obses sehingga menghabiskan jumlah perbelanjaan yang terlalu besar hanya untuk nampak bergaya tapi hakikatnya “papa-kedana”. Bagi lelaki yang sedang berjinak-jinak dengan dunia sukan permotoran pula, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit dari gaji mereka sekadar ingin merealisasikan kereta impian mereka.

Gambar: 0-60Times
  1. Jangan Terlalu Ikut Trend

Mengikut trend terkini sememangnya hobi kaum lelaki masa kini. Kebanyakan lelaki masa kini terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan prestasi kewangan sendiri. Hal ini disebabkan oleh hanya sekadar ingin nampak berkemampuan dan “up-to-date” mereka lebih sanggup menghabiskan wang ringgit dengan bercuti di luar negara, pakai I-Phone, dan beli kereta import yang mewah. Selain itu, mereka juga banyak menghabiskan wang dengan makan di pelbagai café ‘hipster’ yang menggambarkan mereka sebagai ala orang “ada-ada”. Ada juga yang sanggup menghabiskan wang ringgit dengan membuat pelbagai rawatan kecantikan dan gaya penampilan.

Gambar: HostelsClub
  1. Tambah Ilmu Kewangan

Banyak pakar-pakar kewangan menyatakan pada masa kini, anak muda di Malaysia tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. Sebagai ketua kelurga selepas berkahwin kelak kaum lelaki perlu digesa untuk menyiapkan diri dengan mendalami dan menambah ilmu kewangan yang sedia ada. Cuba untuk dapatkan pelbagai tips dan nasihat dari pakar-pakar kewangan yang bertauliah untuk anda mengurus aliran keluar masuk wang tunai dalam kehidupan seharian. Hal ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih bijak. Selain itu, cuba buat “side-income” yang dapat menambah pendapatan kewangan anda supaya dapat menyimpan wang dengan lebih banyak daripada biasa. Wang tersebut juga boleh digunakan semasa kecemasan dan apabila berlaku pelbagai perkara yang tidak dijangka oleh anda.

Gambar: Culture Trip
  1. Tambah Kemahiran Asas

Kemahiran asas yang dimaksudkan adalah pengetahuan yang luas dari segi ilmu pertukangan dan sebagainya. Jika semua benda nak upah orang buat atau beli di kedai, hal ini akan menyebabkan lebih banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Oleh itu, kaum lelaki perlu menambah kemahiran asas yang sedia ada dalam diri mereka kerana ianya dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan harian. Misalnya, barang-barang yang boleh anda buat sendiri (DIY) tanpa perlu untuk membelinya di kedai atau pasaraya. Selain itu, kaum lelaki juga perlu menambah kemahiran asas seperti kemahiran bercucuk-tanam yang juga turut mampu menjimatkan perbelanjaan harian.

Gambar: Improvised Life
  1. Ukur Baju Di Badan Sendiri

Jika wang yang sedia ada hanya cukup untuk menyara kehidupan anda sahaja, jangan cuba berangan untuk berbelanja di luar kemampuan. Ini tidak, setiap tahun ganti kereta baru walhal kereta lama masih boleh dipakai. Lelaki juga perlu berbelanja mengikut kemampuan untuk memastikan tiada bebanan hutang yang boleh membelenggu diri sendiri. Cuba kawal perbelanjaan mengikut kemampuan dan pendapatan. Terima hakikat memang ada barang-barang atau perkara-perkara yang anda tak mampu miliki. Jangan terlalu mengikut gaya hidup orang lain yang boros dan mewah. Yang merana nanti adalah anda, bukan mereka.

  1. Berhenti Membeli Perkara Yang Tak Diperlukan

Cuba untuk hentikan pembelian barang-barang yang tak diperlukan macam majalah sukan, kereta, akhbar, dan sebagainya. Kalau nak baca jugak baca secara atas talian. Perkara ini dapat mengurangkan perbelanjaan anda dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi kewangan anda.

  1. Kawal Perbelanjaan Harian

Kaum lelaki juga perlu memantau aliran wang tunai untuk memastikan tiada lebihan perbelanjaan yang dapat menjejaskan prestasi kewangan anda. Cuba potong mana-mana perbelanjaan yang dianggap tidak penting dan membebankan anda. Contohnya, keahlian gym, golf, spa dan sebagainya. Kan lagi jimat kalau anda bersenam di taman rekreasi atau pusat sukan yang tidak memerlukan apa-apa bayaran. Selain itu, cuba untuk kawal prestasi kewangan anda dalam tempoh-tempoh tertentu terutamanya sebelum mempersiapkan diri dengan alam perkahwinan.

Gambar: GreedyRates
  1. Abaikan Sikap “Reward Yourself”

Ramai anak muda masa kini mengamalkan sikap “Reward Yourself” apabila berjaya mencapai sesuatu matlamat dan tujuan. Tak salah kalau korang nak “Reward Yourself” tu, tapi cuba berpada-pada sedikit. Ini tidak, setiap kali nak reward diri sendiri jangan sampai habis duit yang korang dah peruntukan tu. Cuba asingkan sedikit duit tu untuk disimpan.

  1. Kurangkan Lepak Mamak 

Lelaki dengan mamak memang tak dapat nak dipisahkan terutama bagi yang masih bujang. Masa mereka juga banyak dihabiskan dengan melepak, main permainan video dan borak kosong. Dari korang borak kosong tu, baik korang ikut ceramah agama atau buat banyak lagi perkara berfaedah yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan korang. Bagi yang datang mamak semata-mata sebab nak makan pula, baik korang cuba belajar untuk masak sendiri, ianya dapat menjimatkan perbelanjaan anda. Banyak juga resepi ringkas, simple dan mudah yang boleh korang masak kalau malas sangat.

  1. Pakai Aplikasi Yang Beri Faedah

Gajet juga tak terlepas dengan minat dan hobi kaum lelaki. Bagi yang sering mengikuti trend terkini semestinya korang lebih pakar dengan gajet-gajet dan peralatan teknologi yang semakin canggih pada masa kini. Namun, masih ramai lagi golongan muda terutamanya lelaki yang mempunyai aplikasi yang dapat membantu mereka mengawal dan menjejak arah aliran kewangan mereka. Pada mereka, aplikasi tersebut tidak memberikan manfaat yang banyak kepada mereka kerana mereka sendiri tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka. Apa yang lebih penting adalah aplikasi media social seperti Facebook, Instagram, WhatApps dan sebagainya. Korang perlu ubah mindset. Cuba guna aplikasi seperti “Money Manager Expense & Budget” ataupun “My Tabung BNM”. Aplikasi ini membantu korang untuk tracking perbelanjaan kewangan korang.

Gambar: Advantage Credit Counseling
  1. Jaga Batas Pergaulan

Islam telah menetapkan syariat supaya lelaki dan perempuan yang masih bujang diharamkan keluar berduaan tanpa adanya orang ketiga. Namun, ramai anak muda masa kini menjadikan tali pertunangan sebagai tiket untuk keluar berduaan. Secara asasnya, terdapat larangan ke atas umat islam terhadap perbuatan berkhalwat atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya. (Riwayat Muslim 1341).

Daripada nas di atas, jelas menunjukkan perbuatan berkhalwat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu yang dilarang. Ini kerana, perkataan “la” di dalam hadis tersebut merupakan “la” al-Naahiyah (larangan) yang membawa hukum haram.

  1. Beli Barang Terpakai

Jika sebelum ini anda kerap membeli pakaian berjenama, apakata cuba untuk beli di kedai pakaian biasa seperti “bundle’ dan pasaraya. Kualiti kainnya juga amat tinggi selain harga yang ditawarkan lebih berpatutan dan masuk akal. Selain itu, anda juga boleh membeli barang-barang preloved yang jauh lebih murah daripada harga di pasaran.

  1. Tak Perlu Ikut Kawan

Semasa zaman muda remaja, sememangnya pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan golongan muda terlibat dengan kesempitan kewangan. Hal ini demikian kerana, sifat anak muda yang suka berbelanja tanpa mengambilkira risiko dan kesan yang bakal mereka hadapi. Memang seronok kalau pergi melancong dengan kawan-kawan tapi bukan dalam keadaan berhutang. Selain itu, korang boleh buat aktiviti yang dapat kurangkan kos korang untuk bercuti dengan kawan-kawan. Berjimat sikit dalam membelanjakan wang ringgit dalam kehidupan sosial.

Gambar: Yonder Travel Insurance
  1. Jangan Tambah Liabiliti Jika Tak Mampu

Kalau korang tak mampu nak beli kereta lagi, pakai jelah motor yang sedia ada tu. Di samping korang dapat jimatkan perbelanjaan, korang juga dapat mengurangkan kos yang perlu korang tanggung terutamanya kalau korang duduk di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang mempunyai kos sara hidup yang amat tinggi. Selain itu, korang juga tak perlu nak tambah liabiliti yang korang sendiri tak mampu nak tanggung macam telefon pintar dan kereta.

Gambar: KEJAYAAN, KEKAYAAN-Wordpress.com
  1. Beli Aset Tetap

Salah satu syarat yang perlu korang tetapkan sebelum bercita-cita mendirikan rumah tangga adalah dengan membeli aset tetap seperti rumah. Bila dah ada rumah sendiri, tak perlulah korang nak fikir pasal perbelanjaan duit sewa yang perlu dikeluarkan tiap-tiap bulan. Bila dah mula bekerja, sila setkan minda untuk membeli rumah pada usia sebelum mencecah 30-an. Hal ini disebabkan oleh, jika anda membeli rumah pada umur sebelum 30 tahun, ansuran bulanan akan menjadi lebih rendah disebabkan anda boleh mengambil tempoh pembiayaan yang panjang.

Gambar: Utusan Online
  1. Bawa Bekal Sendiri Ke Pejabat.

Jangan malu untuk membawa bekal sendiri ke pejabat. Jika ini perkara yang telah dilakukan anda, tahniah kerana anda telah memilih langkah yang lebih bijak dalam menguruskan prestasi kewangan anda. Selain dapat megurangkan kos, anda juga dapat membina tubuh badan yang lebih sihat kerana tidak mengambil makanan yang kurang berkhasiat di luar.

  1. Belajar Ilmu Kehidupan Rumahtangga

Belajar ilmu rumah tangga juga merupakan sesuatu yang perlu kaum lelaki lengkapkan pada dirinya jika ingin melayari bahtera perkahwinan. Hal ini demikian kerana dengan melengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga akan membuat mereka tidak mudah kekok untuk melakukan kerja rumah apabila berumahtangga kelak. Belajar memasak, kemas rumah, cuci baju, sapu sampah dan sebagainya. Jangan pernah anggap semua kerja rumah tanggungjawab isteri sahaja. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan baik juga anda hendaklah menjadi contoh terbaik dalam keluarga kelak.

Gambar: The Spruce
  1. Berhenti Merokok Atau Vape

Kalau dari zaman bujang dah amalkan pembaziran memang susahlah nak ubah tabiat tu bila dah berkahwin nanti. Buang sikap merokok atau vape yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada diri anda sebaliknya mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan anda sahaja.

Gambar: Healthy Shetland
  1. Belajar Untuk Melabur

Cuba perbanyakkan baca bahan bacaan yang dapat membantu anda untuk tujuan pelaburan. Bukan nak tunggu gaji dah banyak baru buat pelaburan. Layari juga pelbagai portal mengenai cara untuk mengurus hartanah dan aset anda. Jauhi Skim Cepat Kaya dan sebagainya. Pilih pelaburan yang sesuai dengan kemampuan, toleransi risiko sendiri, dengan ilmu yang anda miliki. Jangan terikut-ikut dengan pelaburan orang lain yang anda sendiri tidak mengetahui tentang selok-beloknya.

Kredit: Amir Syahir

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"