Siakap Keli

Gadis Ini Buktikan Masak Sendiri Makanan Sedap-Sedap Boleh ‘Saving’ Banyak, Seminggu Belanja Tak Sampai RM50

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam zaman yang serba mencabar serta ekonomi yang semakin menghimpit, ramai yang memilih untuk berjimat-cermat untuk kelangsungan hidup. Salah satunya adalah dari segi perbelanjaan makanan. Bukannya sedikit kos yang perlu dibelanjakan, tambahan pula jika tinggal di bandar-bandar besar.

Perkongsian daripada seorang gadis melalui laman twitternya ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi individu yang ingin berjimat. Pokok-pangkalnya terpulang pada anda, rajin atau tidak untuk masak sendiri.

Dengan membelanjakan kos serendah RM30, dia membeli barang basah untuk seminggu. Tak percaya? Ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Mana tahu anda boleh ikut resipi seperti yang gadis ini kongsikan. Sudahlah jimat, nampak menyelerakan pula!

How much money can you save cooking at home?

Resit dibawah adalah pembelian barang basah untuk menu Lunch dan Dinner untuk 5 hari. Jumlah hanya RM31.35. Rajin tak rajin ja masak! So, here I am to encourage you guys untuk masak untuk berjimat! Sihat pun sihat masak sendiri.

So, here my meal plan :

LUNCH Mon/Wed/Fri = Nasi – Ikan siakap/cencaru – Kangkung/kubis

Tues/Thurs = Nasi – Ayam bakar – Lettuce + tomato (ada lebih yang last week punya)

DINNER = 2 apples (tiada dlm resit RM8.99) – 2 eggs – cabbage+carrot/lettuce

Cara masak terpulang la ikut selera. Kalau aku, biasanya bakar, stim, sup. Simple. Sayur tumis. Untuk lunch aku bawa bekal g kerja. Malam sebelum aku dah prepare siap2 potong2 bahan utk masak so pagi esok tu just campak2 ja.

Sebab tu aku suka bakar/stim/sup. Masuk dlm air fryer/oven,set masa. Kalau stim/sup guna api yang kecik. At least ko boleh la tinggal kejap utk buat benda lain, sediakan breakfast ka, gosok gigi ka.

Ohhh untuk breakfast biasa aku makan oat. Beli 1 pack besar tak sampai RM10 tahan sebulan. Biasa aku makan oat kosong + chia seed (aku dah terbiasa). Boleh ja letak buah/kekacang/madu/susu/coklat.

“Tak bosan ke lauk yg sama?” Ehhh kata pencinta makanan. Macam kau bercinta juga la, kau mesti tau mcm mana nak buat kau tak bosan hadap org yg sama ( kalau tak nak kena label trash ). Macam tu juga cara masak, pelbagaikan. Tapi bosan ke tak aku makan ja janji kenyang.

Tapi bukan tiap minggu la meal plan aku macam ni. Biasa aku tukar2 jenis sayur. Bayam, pakchoy, brokoli, cauliflower, ehhh banyak lagi la. Lauk mmg aku biasa masak ayam dan ikan. Breakfast makan roti or buah Cth breakfast (betik,jambu,tomato)

Contoh untuk dinner. Nasi goreng + betik

So belanja makan aku dalam smggu (untuk barang basah sahaja) jarang la lebih RM60. Aku memang jarang makan kat luar, sesekali tu ada la beli mknn kat pasar malam. Nak tau, Mcd aku last makan tahun 2016 kalau tak silap. Kfc pun setahun 3 4 kali ja. Pasar malam setiap minggu pergi.

Cakap tak mampu makan kat luar tak juga la. Sebab dah terbiasa masak sendiri sejak berdiet dulu. Kalau tak masak sekali dalam sehari macam kosong ja hidup hahahahaha Banyak faedah masak sendiri ni sebenarnya. Cuba try test dulu baru tau apa faedahnya.

So here another menu for breakfast :

Lunch :

Dinner :

Normally I akan buat meal plan dulu nak masak apa for whole week. Listkan barang nak dibeli. So that kita pun tak beli barang yang tak perlu. Dah boleh berjimat dari membeli barang yang merepek.

Sumber : Twitter Barnadattepaul

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di