Siakap Keli

Kejam, Gadis OKU Jadi Mangsa Perkosa Darah Daging Sendiri Lebih Daripada 120 Kali

Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) lembam melalui detik-detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa rogol kepada darah daging sendiri, dalam kejadian yang berlaku di Lampung, Indonesia.

”Si abang merogolnya sebanyak 120 kali dan si adik bertanggungjawab merogol mangsa sebanyak 60 kali. Manakala si ayah turut sering merogolnya namun tidak diketahui berapa kali,” dedah Kasat Reskrim Polres Tanggamus AKP Edi Qorinas yang memberitahu jenayah berkenaan berlaku sejah 2018.

Selain itu, dalam penyiasatan polis ke atas suspek-suspek yang ditahan juga mendedahkan perilaku seksual mengejutkan si adik.

”Keluarga ini ada sesuatu yang tidak kena kerana si adik mengaku pernah mengadakan hubungan luar tabi’i dengan haiwan peliharaan jiran termasuk lembu dan kambing,” kata Edi lagi.

Pihak polis juga memberitahu bahawa kesemua suspek akan dibawa menjalani ujian kesihatan mental bagi mencari jawapan kepada tindakan diluar perikemanusian mereka termasuk terhadap ahli keluarga sendiri.

”Kami juga sedang menyiasat kenapa si ayah membiarkan dua anak lelakinya merogol anak perempuannya. Kami tahu, jenayah itu berlaku dalam pengetahuannya. Jadi kenapa dia biarkan, ini yang kami mahu siasat. Malah, dua anak lelaki ini turut tahu bahawa si ayah juga bertindak merogol saudara kandung mereka,” kata polis lagi.

Mereka turut kecewa apabila ketiga-tiga tertuduh yang dikenali sebagai M, 45, SA, 24, dan YF, 15, tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal dengan pebuatan mereka ketika disoal polis.

Sumber: Detik News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.