Siakap Keli

Pelancong Sewa Bilik Tapi Seret Tilam Tidur Atas “Awning” Bangunan

Mengejutkan, namun itulah yang berlaku. Seorang pelancong dari Estonia telah ditemui dalam keadaan tertiarap di atas tilam yang terletak di atas ‘awning’ bangunan di pusat pelancongan terkenal di daerah Mueang, Phuket, Thailand.

Kejadian itu disedari oleh orang ramai yang segera menghubungi pihak polis kira-kira jam 10.30 pagi jumaat lalu. Mereka menyangka lelaki berkenaan berada di situ mungkin kerana dia bertindak terjun dari atas bangunan berkenaan.

Apabila pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, keprihatinan penduduk yang menghubungi pihak polis rupanya tidak berasas. Mungkin kedengaran tidak masuk akal untuk tidur di atas ‘awning’, namun perkara itu tidak bagi mereka yang sedang mabuk.

Pelancong berusia 38 tahun itu dikatakan bertindak mengheret tilamnya keluar dari bilik dalam keadaan mabuk untuk tidur di atas ‘awning’ bangunan tersebut. Lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakannya dilaporkan telah tinggal di bangunan itu sejak rabu lalu.

Kedua-dua mereka yang didakwa mempamerkan kelakukan mabuk ketika dikejutkan oleh polis turut menyebabkan kerosakan harta benda di dalam bilik mereka.

Sejurus itu, mereka dibawa ke Balai Polis Chalong di mana mereka telah dikenakan tuduhan mabuk dan merosakkan harta benda. Tiada jenayah berkaitan tilam yang disebut dalam tuduhan berkenaan.

Kedua-dua mereka dilaporkan bersetuju untuk membayar semua ganti rugi sebelum pulang ke negara mereka pada Selasa.

Sumber : Coconuts Bangkok

Jawatan Kosong Penulis di Siakap Keli

Syarat-syarat:

* Lepasan SPM/STPM/Diploma dan Ijazah, minat menulis, berdisiplin dan tahan tekanan, jawatan tetap, ada kenaikan pangkat, EPF, socso, EIS, insuran dll.. emel resume dan cv ke [email protected]

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.