Siakap Keli

Pelajar Universiti Berjaya Hasilkan Bata-Bio Daripada Air Kencing Manusia

Beberapa orang pelajar daripada Universiti Cape Town, di Afrika Selatan berjaya menghasilkan bata-bio dengan menggunakan air kencing manusia dan bersifat mesra alam.

Pelajar berkenaan hanya mencampurkan air kencing manusia, bakteria dan pasir sebelum membiarkan campuran berkenaan mengeras dalam suhu bilik.

”Proses yang berlaku adalah sama dengan proses pembentukan batu karang,” kata Dyllon Randall, penyelia projek berkenaan.

Bata konvensional biasanya perlu dibakar dalam ketuhar besar dengan suhu yang tinggi dan membebaskan gas berbahaya iaitu karbon dioksida.

Bagi mendapatkan jumlah air kencing yang mencukupi, para penyelidik bertindak mendapatkan sampel daripada seluruh tandas lelaki yang terdapat di universiti tersebut.

Air kencing di peringkat awal akan diproses untuk dijadikan baja organik manakala sisanya akan diproses untuk menghasilkan bata. Proses ini dikenali sebagai microbial carbonate precipitation.

Bakteria berkenaan menghasilkan enzim yang memecahkan urea di dalam air kencing dan menghasilkan kalsium karbonat. Ia kemudian mengikat bersama-sama pasir dan menghasilkan batu-bata keras berwarna kelabu.

Bagi menghasilkan seketul bata-bio, ia memerlukan sebanyak 25 hingga 30 liter air kencing, manakala manusia normal manghasilkan air kencing sebanyak 200ml hingga 300ml setiap kali ke tandas.

Jadi, untuk menghasilkan seketul bata memerlukan air kencing daripada kira-kira 100 orang lelaki.

Proses penambahbaikkan sedang giat dijalankan bagi membolehkan bata-bio tersebut kukuh. Ketika pertama kali dihasilkan, bata-bio mempunyai kekuatan sebanyak 40% kekuatan bata batu kapur.

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di