Siakap Keli

Sudah Hantar Resume Ke 15 Syarikat Tapi Tak Pernah Dipanggil Interview, Mengapa?

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


“Saya dah hantar banyak resume ke bermacam-macam company. Tapi tak ada satu pun yang melekat. Langsung tak dipanggil ke temuduga. Mana silap saya?” Ini soalan biasa yang sering diutarakan kepada Maukerja untuk bertanyakan pendapat. Walaupun kami bukan lah ahli nujum, tapi sekurangnya kami boleh berikan sedikit tips yang boleh digunapakai untuk mengelak daripada direject lagi:

1. Senaraikan target majikan serta sisi-sisi lemah mereka

Bagaimana korang mohon kerja? Adakah secara rawak sahaja hantarkan ke company yang korang tahu? Ataupun pada company yang betul-betul korang mahukan? Pernah tak korang betul-betul kaji selok-belok dan apa sebenarnya company tersebut? Kalau tidak pernah mungkin itu adalah salah satu penyebab mengapa permohonan korang tidak pernah lekat. Bila korang betul-betul kaji, korang akan faham masalah yag dihadapi oleh majikan dan dai situ baru lah bleh nak aplikasikan atau tahu sudut mana yang boleh korang showcase kan pada majikan. Tawarkan segala kemahiran, pengalaman yang ada untuk bagi diorang percaya yang korang mampu.

2. Jawatan kerja yang bersesuaian

Sebelum ini korang mohon kerja yang bersesuaian dengan pengalaman atau main gamble je mohon semua? Perlu juga ada kesedaran diri, di mana letaknya diri korang. Jika tiada pengalaman kerja tidak perlu lah mohon kerja level senior executive. Kalau begitu memang sampai ke sudahlajh akan frust. Mohon kerja yang relevant dengan background korang dan memenuhi kesemua kriteria kehendak majikan. Jika fresh graduate dengan 0 experience, mohon jawatan atau kekosongan yang tertulis entry-level atau fresh-graduate. Jangan pula mengamuk dah hantar berlambak resume semua tak dipanggil, macam mana nak lepas saringan pertama kalau mohon jawatan yang tak tally pun dengan kriteria yang diperlukan.

3. Customize resume korang

Kesemua 10 kerja yang korang mohon tu, semuanya hantar resume yang sama sebiji tak ada kelainan langsung. Boleh tiada masalah, tapi kalau dalam 10 kerja yang korang mohon tu, semuanya jawatan yang sama ke? Katakan lah semua kerja tu dalam bidang yang sama tapi berlainan posisi, jadi jangan lah malas sangat copy and paste je terus hantar.

Tunjukkan usaha sikit. Jika jawatan itu perlukan skills A maka tuliskan ikut corak A, dan kalau kerja lain perlukan skill B, maka ubah balik resume tu ikut kesesuaian kerja yang dimohon. Baru lah majikan rasa best nak telefon korang.

4. Cover letter

Ramai yang beranggapan kalau dah hantar resume buat apa nak bagi cover letter sekali? Pertama sekali kedua-dua perkara ini berbeza. Antara resume dan cover letter kedua-duanya amat berlainan dari pelbagai segi. Resume adalah bullet point secara ringkas mengenai diri korang, dan cover letter pula adalah point-point yang tidak ada dalam resume dan dalam bentuk essay. Keduanya, lagi kukuh kalau korang letakkan cover letter, kerana jika majikan baca resume dan rasa menarik, dia akan reefer pula pada cover letter untuk tahu lebih lanjut mengenai diri dan pengalaman korang.

5. Follow up

Korang tahu nama individu yang mengendalikan proses permohonan kerja? Korang perlu usaha untuk ambil tahu dan selepasa 3-4 hari korang hantar resume, boleh lah buatkan follow-up call ataupun email terus kepada individu tersebut. Ini menunjukkan yang korang benar-benar professional dan tak ramai yang akan beri usaha untuk lakukan sebegini. Mereka kebiasaannya  hanya menunggu sehinggalah recruiter telefon mereka walaupun selepas sebulan lepas hantar resume. Tempoh itu dah tak valid, dan mungkin sudah tutup pun proses permohonan dan ada orang pun sudah diterima bekerja.

Cuba dahulu aplikasikan kesemua tips ini dan lihat jika ada apa-apa perubahan sepanjang proses temuduga. Siapa tahu, mungkin ada kerja yang melekat. Selamat maju jaya!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.