Siakap Keli

(Video) Luar Biasa, Remaja Ini Jadi Manusia Paling Muda Cipta Reaktor Nuklear, Hanya Belajar Dari Internet

Siapa sangka, pada usia sementahnya, remaja ini diangkat menjadi manusia paling muda yang pernah menghasilkan sebuah reaktor nuklear fusion.

Jackson Oswalt, kini berusia 14 tahun, berasal daripada Memphis, Amerika Syarikat ini mencipta rekod menakjubkan ini pada usianya 12 tahun dan berbekalkan ilmu yang diperoleh daripada atas talian sahaja.

Menelan belanja sebanyak USD 10,000 (RM 40,6667) yang disediakan oleh kedua-dua ibu-bapanya, Jackson membangunkan reaktor berkenaan daripada vakum, pam dan alat-alat lain yang dibeli daripada eBay.

Reaktor tersebut berjaya menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk membuatkan atom-atom berlanggar sesama sendiri dan bergabung sebelum melepaskan tenaga.

Berbekalkan maklumat yang dikumpul melalui atas talian sejak tahun lepas, lebih manis reaktor berkenaan berjaya disiapkan beberapa jam sebelum Jackson menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13.

Rekod manusia termuda yang berjaya menghasilkan reaktor nuklear fusion sebelum ini dipegang oleh Taylor Wilson yang melakukannya pada usia 14 tahun.

”Permulaan kepada kejayaan ini adalah dengan meneliti dan memperlajari apa yang dilakukan oleh orang lain yang sudahpun berjaya menghasilkan reaktor nuklear fusion sebelum ini,’‘ kata Jackson.

”Kemudian, saya mula mengumpulkan alat-alat yang diperlukan. Kebanyakkan diperoleh melalui laman eBay, bagaimanapun bukan semua yang dijual dapat membantu saya membina reaktor ini.

”Jadi saya perlu menjadi sedikit kreatif dan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyiapkannya,” kata Jackson.

Gas deuterium, satu isotop kepada hidrogen, dipanaskan di dalam teras plasma dengan menggunakan tenaga eletrik sebanyak 50,000 volts. Proses ini berlaku di dalam cuang vakum untuk memaksa atom-atom berlanggar sesama sendiri dan bergabung.

Proses yang sama tetapi pada skala sangat besar adalah proses yang berlaku di dalam matahari.

Menurut Jack, proses ini memerlukan sumber tenaga yang banyak dimana tenaga yang digunakan untuk membolehkan proses ini berjalan adalah lebih tinggi daripada tenaga yang dilepaskan. Jack menganggap inisebagai kekurangan yang menjadi penghalang kepada dirinya untuk bergelar jutawan.

Saintis ketika ini sedang giat menjalankan penyelidikkan bagi menghasilkan sebuah reaktor nuklear fusion untuk tujuan komersial.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Lo26SQgPH1w]

 

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.