Siakap Keli

(Video) Petit Pli, Rekaan Unik Pakaian Boleh Membesar Seiring Dengan Usia Kanak-Kanak

Memilih pakaian untuk anak-anak adalah antara cabaran kepada ibubapa-ibubapa. Selain faktor ketahanan fabrik, ada juga anak-anak yang mempunyai tumbesaran cepat sehingga si ibu atau si ayah terpaksa membeli pakaian dengan kerap dalam tempoh jangka masa yang pendek.

Apa jadi kepada baju yang lama? Sama ada disimpan untuk si adik-adik ‘akan datang’ atau dibuang begitu sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, seorang jurutera menghasilkan pakaian kanak-kanak yang turut membesar bersama-sama si pemakainya dalam tempoh tertentu.

Ryan Yasin berkata, rekaan inovatif dikenali sebagai Petit Pli setakat ini dicipta untuk bayi dan berupaya untuk membesar seiring dengan umur pemakai sehingga usia 3 tahun.

”Kakak saya yang tinggal di Denmark menyambut cahaya mata yang baru. Ketika saya membuat keputusan untuk melawatnya dan membeli pakaian bayi sebagai hadiah, saya mendapati ia sudah tidak muat untuk dipakai oleh anak kakak saya,” katanya ketika berkongsi permulaan kepada rekaan tersebut.

Selain boleh membesar, Petit Pli juga dihasil menggunakan fabrik kalis air dan tahan lasak. Ciri-ciri ini amat penting untuk seorang kanak-kanak yang gemar meneroka alam.

Menurut Ryan lagi, Petit Pli juga menggunakan fabrik mesra alam sekitar sebagai usahanya untuk mempromosikan fesyen bebas pencemaran.

”Sya ingin terlibat dalam dunia rekaan, tetapi saya mendapati ia adalah dunia yang tidak beretika dan berlaku banyak pembaziran.

”Jadi dengan kemahiran kejuruteraan yang ada saya dapati saya mampu menghasilkan fesyen terkini yang boleh mengurangkan pencemaran alam,” katanya.

Ryan kini dalam proses untuk menghasilkan Petit Pli untuk peringkat umur yang berbeza.

Sumber: Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di