Siakap Keli
Gambar : Facebook

(Video) Wanita Mengandung Cedera, Ambulans Terbalik Dilanggar

Kuching : Seorang wanita mengandung mengalami kecederaan ringan apabila sebuah pacuan empat roda dan ambulans yang dinaikinya bertembung di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian 9.30 pagi itu, ambulans yang bergerak lurus menuju ke arah Hospital Umum Sarawak telah dilanggar di bahagian tepi oleh sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 74 tahun.

Gambar : Facebook
Gambar : Facebook

“Akibat daripada pelanggaran itu, ambulans telah terbalik ke bahu jalan sehingga menyebabkan seorang pesakit yang sarat mengandung dan salah seorang jururawat mengalami kecederaan ringan.

“Tiga lagi mangsa iaitu seorang jururawat, pemandu ambulans dan pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Umum untuk mendapatkan rawatan lanjut di Unit Kecemasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.