Siakap Keli

(Video)Australiia Benarkan Pemandu Tambah Ikon Emoji Pada Nombor Plat Kenderaan

Jika di Malaysia, nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat seringkali diubah-suai oleh pemandu-pemandu untuk menjadi lebih menarik dengan bentuk fon yang pelbagai, di Australia, anda boleh menambah emoji pada nombor plat untuk menampakkan emosi pemandu dan ianya sah dari segi undang-undang.

Kebenaran ini akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Mac nanti.

Nombor plat emoji tersebut dilancarkan di daerah Queensland dan melibatkan penambahan kos bagi mana-mana pemandu yang berhajat memasukkan emoji pada nombor plat kenderaan masing-masing.

Bagaiamanpaun, emoji berkenaan tidak membawa maksud apa-apa dan hanya untuk tujuan dekorasi sahaja. Pada masa yang sama juga, tidak semua ikon emoji dibenarkan. Menurut undang-undang terbaru tersebut, hanya ikon emoji membawa maksud positif sahaja dibenarkan.

Ini bermakna, pilihan kepada pemandu-pemandu juga terhad iaitu emoji senyum, ketawa, berkaca mata, dan love.

Walaupun nombor plat dengan emoji ini adalah sesuatu yang baru, bagaimanapun ia tidaklah mendapat sambungan hangat daripada penduduk yang menganggap ianya tidak berbeza dengan sesetengan pemandu menampal pelekat pada kenderaan.

Bagi mana-mana pemandu yang berhajat untuk memasukkan emoji pada nombor plat kenderaan mereka, kos yang perlu dibayar adalah sebanyak 475AUD (RM 1,385).

Jumlah yang tinggi hanya untuk memasukkan emoji ini membuatkan sesetengah penduduk berpendapat ianya adalah helah pihak berkuasa untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iQYBV-b0L0g]

 

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.