Siakap Keli

(Video) Menarik Dan Comel Bila Kucing Pun Kena Belajar Undang-Undang Lalu Lintas

Ketika ada sesetengah pengguna jalan raya masih lagi tidak dapat mematuhi kesemua perturan yang terkandung dalam buku undang-undang lalu lintas, di Jepun kini sudah ada panduan undang-undang lalu lintas yang dibangunkan khas untuk kucing.

Buku panduan tersebut dibangunkan oleh ahli psikologi haiwan daripada Universiti Kyoto sebagai salah satu cara untuk mengatasi jumlah kematian kucing yang mati akibat dilanggar kenderaan ketika melintas jalan.

Hasil kerjasama dengan Yellow Hat, salah pembekal barangan kelengkapan kenderaan terbesar di Jepun, buku panduan berkenaan kemudian dijadikan sebagai video untuk memudahkan proses pembelajaran kucing-kucing.

Bagi memastikan video berkenaan mudah difahami oleh kucing-kucing, mereka bersepakat untuk menjadikan isi kandungannya mesra kucing dengan menggantikan watak manusia dengan kucing ataupun manusia memakai kostum kucing.

Malah segela gerak-geri dan animasi dalam video tersebut juga mengambil kira sikap seseekor kucing hasil bantuan yang diberikan oleh Professor Kazuo Fujita, pakar sains kognitif dan zoologi, juga berasal daripada Universiti Kyoto.

Antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan ini adalah untuk mengalihkan arahan dalam suara manusia kepada bunyi ‘meow’ yang sinonim dengan haiwan tersebut.

Satu ujian pelakon suara dijalankan dan mereka memilih pelakon dengan kemampuan membuat bunyi ‘meow’ paling banyak menerima respon daripada kucing. Kemudian, satu rakaman set khas bunyi ‘meow’ dimasukkan  untuk memberi arahan tertentu.

Selain bunyi ‘moew’, mereka juga memasukkan bunyi latar seperti bunyi burung dan sebagainya untuk menjadikan video panduan ini semesra yang mungkin.

Bagi memastikan kucing-kucing memberi perhatian kepada video yang dipertontonkan, bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada tikus dan imej mangkuk berisi makanan kucing juga dimasukkan dalam video.

Selain bertujuan untuk mendidik kucing, video berkenaan juga dibangunkan untuk membolehkan pemandu memahami tingkah-laku kucing ketika di jalan raya dan tindak-tanduk yang boleh membahayakan nyawa haiwan tersebut.

Berikut antara arahan-arahan yang terkandung dalam video tersebut.

Bahaya, banyak kenderaan

 

Jangan melintas

 

Berhenti
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=2UjUaD96GeU]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZW71P84SHvA]

 

Sumber: Soranews24

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.