Siakap Keli

Bangkai Ikan Paus Sepanjang 26 Kaki Ditemui Berdekatan Hutan Amazon

Ahli biologi dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan paus humpback di berdekatan hutan di Amazon, Brazil baru-baru ini.

Haiwan berkenaan yang mempunyai ukuran panjang 26 kaki ditemui kira-kira 50 kaki daripada kawasan pantai Aruna, kata pertubuhan bukan kerajaan Bicho D’agua.

”Ia bukanlah ikan paus dewasa dan tidak terlalu besar seperti kelihatan pada gambar,” kata badan berkenaan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

Pegawai daripada jabatan kesihatan sudah pun dihantar ke lokasi kejadian untuk menyiasat penemuan bangkai ikan paus jauh daripada kawasan berair tersebut.

View this post on Instagram

A baleia jubarte encalhada em Soure, ilha de Marajó, era um filhote de cerca de um ano de idade e 8 m de comprimento. A carcaça foi encontrada a mais ou menos 15 m da praia. Devido às macromarés, comuns na Costa Norte do Brasil, é totalmente compreensível que uma carcaça vá parar dentro do manguezal. Não é um animal adulto, nem tão grande como parece nas imagens. #bichodagua #biodiversidade #amazonia #icmbio #resexsoure #biodiversidade #biodiversity #ong #amazonia #amazonforest #amazonriver #humpback #humpbackwhale #baleiajubarte #preserveanatureza #bichodagua #icmbio #semmasoure #activism #ativismo #planeteatrh #planetaterra #savethewhales #salveasbaleias #rainforests #marinemammals #mamiferosaquaticos

A post shared by Bicho D'água (@bicho_dagua) on

”Kami masih tidak menemui jawapan bagaimana bangkai ikan paus boleh berada di kawasan ini, bagaiamanapun tanggapan awal ia mungkin berpunca daripada keadaan air pasang dan kebetulan haiwan malang ini berada di persisir pantai.

”Kami juga mendapati bahawa keadaan di kawasan ini juga berombak kuat ketika air pasang sejak beberapa hari lalu,” kata jurucakap badan itu lagi.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat sedang memberi tumpuan untuk menyiasat bagaimana ikan paus humpback boleh berada di perairan tersebut pada bulan Februari, sesuatu yang berlaku di luar kebiasaan.

Antara tanggapan awal anak ikan paus ini mungkin terpisah daripada ibunya ataupun berada dalam keadaan tertekan akibat makan terlalu banyak sampah plastik.

Memang diketahui sampah plastik adalah antara penyumbang utama kepada pencemaran alam, tetapi hidupan marin adalah mangsa yang paling terjejas teruk.

Sumber: Fox News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.