Siakap Keli

Berang Dijatuhkan Hukuman Penjara 47 Tahun, Lelaki Tumbuk Peguam Belanya Sendiri Hingga Pengsan

Seorang banduan yang bergari menumbuk peguam belanya sendiri selepas berang kerana dijatuhkan hukuman penjara hampir 50 tahun.

Lelaki itu menumbuk peguam tersebut hingga jatuh rebah ke lantai sebaik sahaja hukuman terhadapnya dibacakan oleh hakim di mahkamah.

Image result for David Chislton pastor

Rakaman video kejadian tular di laman sosial dimana kelihatan banduan yang berbaju jingga secara tiba-tiba berpusing ke arah peguamnya dan menumbuk lelaki tersebut dengan tangan yang digari.

Meskipun peguam tersebut telah jatih di lantai, banduan itu masih membelasahnya hingga orang ramai di dalam mahkamah tersebut datang meleraikan.

Image result for David Chislton pastor

Menurut peguam itu, ketika kejadian, dia mahu bergerak kearah banduan tersebut namun tidak sempat dan hanya sedar beberapa minit kemudian.

Banduan itu melakukan kesalahan menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan dan mengacukan pistol di kepalanya pada 2017.

Dia juga dipercayai pernah menyebabkan kebakaran di sebuah blok apartment melibatkan ribuan penduduk yang terpaksa berpindah.

Banduan itu bakal menjalani hukuman penjara selama 47 tahun dan denda tambahan akibat kelakuannya menyebabkan peguam itu cedera.

Sumber: Mirror.Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar