Siakap Keli

Dari Size XXL To M, Lelaki Ini Berjaya Hilang 21 KG Dengan Diet “Intermittent Fasting”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Diet puasa atau intermittent fasting (IF) adalah kaedah diet dengan cara berpuasa dalam tempoh waktu tertentu. Jika diet lain mungkin anda perlu mengurangkan makanan tetapi dengan diet IF pula, ia akan mengatur kebiasaan makan anda.

Kebiasaannya diet ini akan mengajurkan puasa selama 16 jam dan 8 jam selebihnya lagi anda bebas untuk makan. Walau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi.

Namun pun begitu, sebelum memulakan sebarang rutin diet tersebut, diharuskan kepada anda untuk mendapatkan pandangan daripada doktor.  Ini adalah untuk memastikan rutin pemakanan baru anda tidak menjejaskan kesihatan. Semoga bermanfaat dan selamat kurus secara sihat.

In The Name Of Allah, The Most Beneficence, The Most Merciful.

Saya bermula dengan IF pada November 2018. Berat permulaan dalam 90kg++ dengan tinggi 161cm. Target 60-65kg! Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti exercise dengan cara berjalan sahaja dan kira kalori..

Semuanya berkesan… Tapi untuk sementara sahaja dah prosesnya rumit dan perlahan.
Bila saya kenal INTERMITTENT FASTING (IF) dan ada selebriti seperti Lisa Surihani yang amalkan IF.. Terus saya cuba amalkan… Dan Alhamdulillah saya dapat turun kan berat badan dan size sekali gus.. menjadi 69kg..

Saya combined IF dgn konsep Eat Clean. Saya stop sugar, salt n oils.. Cara ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.. muka korang akan lebih flawless and remaja..

Pengambilan supplement seperti Omega3 Fish Oil membantu mengurangkan kolesterol dan rahsia kepada perut flat.. Hingga kini sy juga amalkan Hot Green Tea pada waktu malam..

Cheat day?? Seminggu sekali kadang-kadang terover jugak! Paling excited, bila orang dah tak kenal rupa korang yang after renovation!! Serius best!!

Terima kasih Group FB Intermittent Fasting Malaysia dan sahabat saya yang memperkenalkan IF..  Semoga sahabat semua disini terus komited untuk mencapai berat idaman masing-masing..

Misi kurus sebelum raya??? Sempat lagi nih..

Caliph,
Fizz Daud 
From 90kg to 69kg 
From XXL to L/M
From 42” to 35”

Sumber : Fizz Daud

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.