Siakap Keli

Dendam Kerana Sering Dibuli, Kanak-Kanak Lelaki Titiskan Gam Dalam Botol Air Rakan Sekelas Hingga Jatuh Sakit

Seramai 25 orang kanak-kanak di Bursa, Turki dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut kerana terminum air minuman yang dicampurkan dengan gam oleh salah seorang rakan kelas mereka bagi membalas dendam berikutan sering dibuli.

Ibu bapa dan penjaga kesemua pelajar yang terlibat bergegas ke hospital selepas diberitahu tentang kejadian tersebut oleh guru kelas mereka.

Menurut laporan, pelaku merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang juga salah seorang pelajar dalam kelas itu yang sering dibuli mereka.

Dia dikatakan mengambil kesempatan masuk ke kelas semasa rakan lain di padang bagi mata pelajaran pendidikan jasmani dan memasukkan gam ke dalam botol air mereka.

Kesemua mangsa mula jatuh sakit selepas minum air dari botol mereka sesudah tamat kelas pendidikan jasmani.

Guru yang bertugas segera memanggil ambulans dan 25 orang tersebut di hantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan serius.

Menurut jurucakap hospital berkenaan, kesemua mangsa selamat dari sebarang sakit serius dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.

Ketika ditanya oleh gurunya, kanak-kanak lelaki itu mengakui perbuatannya kerana ingin balas dendam berikutan sering dibuli oleh rakan-rakan kelasnya itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pelaku kerana dia masih berada di bawah umur.

Sumber: Mirror.Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar