Siakap Keli
Gambar Hiasan - Bernama

Elak Serangan Strok Haba, KKM Kongsi 10 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Ramai yang pastinya merasai bahang cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutamanya di utara semenanjung tanah air. Walaupun ini fenomena biasa saban tahun, namun jika anda tidak mengambil langkah berwaspada, cuaca panas ini boleh menjejaskan kesihatan anda sekaligus mengganggu aktiviti seharian.

Terdapat 7 langkah mudah yang boleh diikuti untuk memastikan tubuh anda kekal sihat dan tidak jatuh sakit walaupun berada dalam keadaan cuaca panas melampau. Perkongsian daripada laman facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mungkin boleh dijadikan panduan. Semoga bermanfaat.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini disebabkan gelombang haba dan ia fenomena biasa yang berlaku apabila tiba penghujung Monsun Timur Laut.

Cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau Mei.

10 tempat dalam keadaan berjaga-jaga atau kategori tahap satu kerana catat suhu antara 35 hingga cecah maksimum 37’C selama 3 hari berturut-turut.

Cuaca panas paling dirasai oleh penduduk di negeri-negeri di Utara Semenanjung. Semalam, Langkawi mencatat suhu paling tinggi 36’C.

Walaupun fenomena biasa, kita perlu ambil langkah-langkah pencegahan kerana pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menjejaskan kesihatan termasuk serangan Strok Haba.

1) Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal

2) Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar

3) Kurangkan minum minuman berkafein alkohol dan bergula

4) Guna kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan

5) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar

6) Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa

7) Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.