Siakap Keli

Kesinambungan AADC 2, Milly Dan Mahmet Tampil Dengan Kisah Cinta Komedi, Buat Ramai Tak Sabar Menonton

Mahu hati dimiliki dan disayangi sepanjang masa adalah dambaan setiap manusia. Tiada sesiapa pun yang mahu hidup sendirian, tidak berteman dan tidak berkeluarga kan? Perasaan mahu di dampingi oleh orang tersayang adalah lumrah bagi sesiapa sahaja, apatah lagi ‘Mr or Mrs Right’ itu sudah menjadi pujaan hati buat sekian lama.

Setiap kali terdengar kisah romantis pasangan hidup yang lain, sama ada di media sosial ataupun di layar perak, pasti bisa membuat anda tersenyum sendirian. Tambah-tambah bila naratifnya hampir sama dengan kisah yang dilalui anda bersama-sama pasangan. Mulalah nak ‘berfeeling-feeling’ kan?

Bila sebut mengenai kisah cinta penuh babak-babak romantis, tak sah kalau tidak berbicara mengenai dua filem romantik daripada tanah seberang, iaitu Ada Apa Dengan Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta 2. Kisah cinta antara dua pasangan, Cinta lakonan Dian Sastrowardoyo dan Rangga lakonan Nicholas Saputra pernah mencetuskan fenomena di Malaysia.

Jika Ada Apa Dengan Cinta memberi tumpuan kepada ‘love story’ remaja di alam persekolahan antara Cinta dan Rangga serta dikelilingi dengan rakan-rakan yang punya pelbagai ragam, Ada Apa Dengan Cinta 2 pula memberi nafas baru apabila kesemua watak sudah dewasa dan semakin matang dalam hubungan.

Hampir serupa dengan kisah cinta yang dilalui oleh anda juga kan. Ada yang bercinta daripada bangku sekolah, semakin hangat ketika menuntut di pengajian tinggi dan mendirikan rumah tangga sebaik sahaja bergraduasi ataupun setelah mendapat pengajian pertama.

Jika anda merasakan kisah cinta terhenti di situ sahaja, ternyata anda silap. Cinta sejati tidak akan pernah terputus di tengah jalan. Maka dengan itulah, ‘love story’ Ada Apa Dengan Cinta sekali akan ke layar perak, tetapi dengan sedikit kelainan melalui karya berjudul Milly & Mamet (Ini Bukan Cinta & Rangga).

Siapa Milly dan Mamet? Apakah kaitannya dengan dua buah filem Ada Apa Dengan Cinta? Nah, itulah kelainanan yang kami maksudkan. Sebenarnya ada tiga perkara yang boleh kami kongsikan dengan anda berkenaan dengan filem ini.

1. Bukan Kisah Cinta Dan Rangga

Dua filem pertama menjadi medan untuk pasangan kekasih ini ‘membuktikan’ kisah cinta mereka paling romantik. Biarpun kedua-dua watak mempunyai ramai teman-teman yang saling turut mempunyai kisah cinta tersendiri, namun tidak banyak ruang yang diberikan kepada watak-watak ini.

Milly dan Mamet antaranya adalah watak pembantu dalam dua filem pertama. Rakan baik kepada Cinta dan juga Rangga. Melalu filem terbaru ini, fokus utama yang diberikan adalah kepada Milly dan Mamet untuk berkongsi kisah cinta mereka berdua pula.

Seperti yang diketahui, kedua-duanya sudah pun mendirikan rumah tangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2, jadi filem ini akan memaparkan kehidupan pasangan ini setelah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

2. Romantis Komedi

Romantik dan sarat komedi adalah rencah sempurna untuk menghidupkan jalan cerita dua watak utama filem sambungan ini.

Jika dua buah filem pertama banyak bermain dengan emosi dan disajikan dengan pahit getir hubungan cinta antara Rangga dan Cinta, Milly dan Mamet pula berkongsi kisah mereka daripada sudut yang berbeza.

Tak kering gusi melihat keletah pasangan muda ini, ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata serta keberadaan orang tua di sekeliling, anda mungkin tertanya-tanya kan bagaimana mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

3. Potret Keluarga Muda Masa Kini

Berkahwin di usia muda punya cabaran yang tersendiri. Milly dan Mamet juga tidak mampu lari daripada kenyataan ini. Ditambah lagi usia mereka yang masih hijau, masing-masing mempunyai cita-cita dan ego yang hendak dicapai dan dipertahankan.

Siapakah yang bakal menang dan siapa pula yang kecundang? Bahagiakah Milly dan berdayakah Mamet mengepalai keluarganya? Apakah cinta sejati dua pasangan ini bisa dipertahankan saat ujian datang silih berganti?

Semua persoalan di atas antara lakaran-lakaran potret kisah cinta, keluarga dan kerjaya yang perlu dilalui oleh Milly dan Mamet.

Semua jawapannya anda boleh perolehi dengan mengunjungi pawagam di seluruh negara bermula 7 Mac 2019.

Beli tiket lebih kerana anda wajib membawa pasangan anda untuk kenang semula kisah cinta dan pahit manis dalam perhubungan bersama-sama Milly dan Mamet. Saksikan trailer filem Milly & Mamet (Ini Bukan Cinta & Rangga) di bawah.

 

Milly & Mamet (Ini Bukan Cinta & Rangga) dispersembahkan oleh TGV Pictures, SG Entertainment & Advertising dan Horizon Film Entertainment.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di