Siakap Keli
Gambar: Hello Sihat

Malaysia Diancam 6 Daripada 10 Ancaman Kesihatan Dunia

Dalam meniti arus globalisasi yang semakin berleluasa, negara Malaysia tidak terlepas dengan ancaman kesihatan yang semakin membimbangkan. Malaysia juga tidak telepas untuk berpotensi mengalami ancaman kesihatan dunia kerana ianya merupakan salah sebuah negara yang mempunyai rekod kematian sebanyak 41.4 ribu yang dicatatkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku tahun keempat 2018

Menerusi perkongsian dari Facebook Public Health Malaysia  WHO baru-baru ini telah menyenaraikan 10 ancaman kesihatan dunia. Tahukah anda, kita mempunyai sekurang-kurangnya 6 Daripada 10 ancaman tersebut. Ancaman ini boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan dunia seperti peningkatan kematian, kos perubatan dan melumpuhkan sistem kesihatan negara.

Berikut adalah ancaman kesihatan yang disenaraikan oleh WHO

Gambar: Facebook Public Health Malaysia

1) Pencemaran Udara dan Perubahan Climate
Kilang, pembakaran terbuka, penjanaan kuasa elektrik menggunakan arang batu, pelepasan asap daripada kenderaan, bauksit di Pahang adalah contoh daripada pencemaran Udara. Pencemaran Udara yang mikroskopik ini boleh menembusi sistem pernafasan dan darah kita menyebabkan penyakit jantung, paru-paru, dan jantung. Ianya juga menyebabkan kematian melalui penyakit kanser, strok, sakit jantung, dll. 90% kematian ini dilaporkan di negara mundur dan sedang membangun.

 

Gambar: NASA Climate Change

2) Penyakit tidak berjangkit. 
Kita menduduki tangga no 1 prevalen obesiti di Asia. Maka tidak hairanlah kalau negara kita mempunyai penyakit diabetes,darah tinggi dan sakit jantung tertinggi dunia. 70% kematian adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit. Peningkatan ini disebabkan oleh 5 faktor risiko utama iaitu, 1) merokok, 2) tidak aktif, 3)diet yng tidak baik, 4) alkohol dan 5) pencemaran udara.

3) Kerintangan antibiotik. 
Sepanjang 20 tahun yang lepas, perkembangan kajian antibiotik sangat Perla Han. kita tidak lagi menemukan antibiotik baru yang lebih baik. Antibiotik yang ada sekarang ini adalah antibiotik yang wujud berpuluh tahun yang lepas.

Kerisauan adalah, bakteria semakin bijak beradaptasi dengan ubatan yang ada. Maka ubatan-ubatan yang ada mempunyai masalah untuk membunuh bakteria yang bijak ini. Lebih malang adalah mereka yang perlukan ubat seperti di ICU dan HDU.

Terdapat satu ubat legend (wujud pada tahun 1947) yang sebelum ini telah dibuang daripada senarai ubat dan hanya digunakan oleh doktor verterinar – Polymixin. Polymixin mempunyai satu masalah iaitu boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ubat ini terpaksa digunakan balik disebabkan kerintangan yang tinggi terhadap ubat-ubat yang lebih baru. Ubat ini sekarang adalah ubat terakhir di hospital dan lebih merisaukan, ubat ini juga mempunyai masalah kerintangan terhadap bakteria tertentu. Sedihkan.

Kesedaran tentang penggunaan antibiotik secara meluas perlu dilakukan agar kerintangan antibiotik tidak menjadi sangat teruk.

4) Antivaksin/penolak vaksin

Baru-baru ini kematian akibat batuk kokol/difteria meningkat dan telah membunuh anak yang tidak divaksinkan. Tahun ini saja terdapat lagi satu kes kematian di komuniti yang sama iaitu tidak memberikan vaksin kepada anak mereka.

Imunisasi adalah perlu untuk perlindungan bersama mengekang wabak yang boleh membunuh anak-anak kita bahkan diri kita juga. Kadar liputan vaksin kita telah turun sekitar 80% dan ada juga melaporkan sesetengah Negeri mempunyai liputan sekitar 50% sahaja. Tentunya peningkatan kes-kes yang boleh dicegah dengan vaksin ini disebabkan peningkatan kes yang menolak vaksin. Bila peningkatan kes ini meningkat, dikhuatiri ianya sukar dikawal seperti di US dan akan juga merebak pada anak-anak yang tidak menerima vaksin akibat faktor kesihatan seperti leukemia dll. Ianya juga akan meningkatkan kos kesihatan negara yang mana kos berubat lebih mahal beratus kali ganda berbanding vaksin tersebut.

Satu polisi atau undang2 kerajaan perlu diwujudkan bagi membanteras isu Antivaksin ini.

 

Gambar: Selaras Media

5) Denggi. 
Belum pernah Denggi di promosi sebegitu rupa oleh WHO. Pernah satu ketika dahulu, Malaysia mencadangkan agar Denggi dijadikan satu fokus WHO yang perlu dilihat semula iaitu salah satu penyakit dalam neglected tropical disease. Sehingga sekarang masih tiada penawar penyakit Denggi. Vaksin Denggi baru pula masih lagi belum selamat digunakan oleh masyarakat secara keseluruhannya.

20% daripada pesakit yang menghidap Denggi tahap teruk meninggal dan dianggarkan 390 juta kes denggi setiap tahun di seluruh dunia.

Salah satu faktor yang selalu disebut penyebab Denggi adalah Sikap komuniti itu sendiri. Kurangnya kesedaran untuk bekerja bersama mengekang denggi. Ketua komuniti dan masyarakat perlu bergerak bersama-sama dengan agensi kesihatan dan pihak berkuasa tempatan dalam mengekang wabak Denggi.

 

Gambar: newsd.in

6) HIV
Perkembangan kajian dan perubatan HIV sangat memberangsangkan. Merawat kes HIV menjadi mudah dengan harga kos ubat yang murah dan pesakit HIV sekarang mempunyai jangka hayat yang sama seperti manusia yang tidak mempunyai HIV dengan ubat HIV. Salah satu cabaran adalah aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit HIV. Walaupun peningkatan kes masih lagi dilihat daripada saringan, dikhuatiri masih lagi banyak pesakit HIV yang belum atau tahu status mereka sebagai HIV.

Di tambah dengan stigma masyarakat dan kerisauan pesakit untuk mendapatkan rawatan secara sulit menyukarkan target

Masyarakat memandang serong golongan seperti pelacur, sex lelaki dan lelaki, transgender/lgbt yang menyukarkan lagi keadaan untuk pihak kesihatan mendekati mereka untuk melakukan program pencegahan dan menyaring HIV.

Akan datang? Mungkin doula extremist akan termasuk?

Justeru masyarakat hari ini perlu sedar akan kewujudan ancaman ini kerana ianya mampu mengancam nyawa dan memudaratkan kesihatan.

 

 

Muhammad Helmi Razali

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di